Assalamualaikum dan selamat petang Alluser..
Alluser , orang kata, buat marketing secara online ni susah.. Ada yang buat ads, tapi tak jadi-jadi.. Bukan melabur, tapi melebur duit macam tu je.. Dah lah tu.. Stop membazir duit.. Ada cara marketing free iaitu Facebook Live.
Facebook Live. Perkara yang mudah dan PERCUMA tapi… Payah orang nak buat.. Kalau dah korang menjual setiap masa, siapa yang nak tengok? Ni saya nak kongsi kepada Alluser cara-cara nak buat live:
1.Sharing nasihat
Alluser boleh share nasihat dengan fans Alluser. Sambil mengingatkan diri, lebih baik kita share juga dengan yang lain. Kongsikan nasihat seperti nasihat sebelum tidur, nasihat pemakanan, kesihatan dan banyak lagi. Tak perlu tunggu jadi pakar untuk saling menasihati sesama kita..
Okay ke okay?
2. Q&A
Ni yang paling best… Orang suka kalau persoalan dia dijawab. Cuba sesekali try buat sesi live Q&A. Mesti gempak orang nak kan tips.. Sesi Q&A pun boleh tambah trust kita pada fans.. Fans akan rasa tertunggu – tunggu untuk live seterusnya.. Dan yang paling penting, ia cara yang paling mudah untuk tukarkan fans kepada pelanggan.
3. Do and don'ts
Orang kita ni.. Mana nak tahu pantang larang, selagi tak buat sesuatu yang salah.. Dah kena baru nak berjaga. Inilah masa untuk anda share.. Apa yang betul, apa yang salah.. Tak semua orang tahu pantang larang.. Tak kesahlah pantang larang nenek moyang ke.. Pantang larang dalam makanan ke.. Pantang larang dalam fesyen ke.. Bergantung pada bisnes apa yang korang buat.
Alluser faham ke faham ni?
|