Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Updated features for LinkedIn pages

  Today's Guide to the ...

RichWell Sumbang RM500,000 Pasca Banjir Shah Alam

Simpati terhadap nasib mangsa banjir daerah ini mendorong Pertubuhan Kebajikan RichWell menyumbangkan RM500,000 bagi proses pemulihan pasca
image

SHAH ALAM – Simpati terhadap nasib mangsa banjir daerah ini mendorong Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) menyumbangkan RM500,000 bagi proses pemulihan pasca banjir.

Naib Presiden Kewangan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Nasrul Hadi Shukran Jamil berkata, sumbangan itu adalah daripada 300 usahawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri.

Katanya, ini seterusnya membantu kelangsungan hidup bagi semua mangsa banjir untuk kembali hidup seperti biasa.

"Kami faham Shah Alam antara kawasan runcing yang terkesan akibat banjir tambahan pejabat kami juga di daerah ini."

image

"Justeru, sumbangan wang tunai disalurkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk pembelian barangan seperti elektronik sesuai dengan fasa pemulihan ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini."

Terdahulu, beliau menyerahkan replika cek bernilai RM500,000 kepada MBSA yang diwakili Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor.

Sementara itu, Zamani menzahirkan penghargaan kepada pihak RichWorks dalam membantu pasca banjir di daerah ini.

"Bantuan makanan kita telah banyak perolehi dan sumbangan ini akan digunakan bagi proses pembersihan dan pemulihan."

"Kita ada 24 Ahli Majlis MBSA yang salurkan pembelian seperti water jet, periuk nasi dan barangan penting kepada penduduk terjejas," jelasnya. -K!ONLINE

Kredit Kosmo Online

Sekiranya Tuan & Puan ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami melalui

image

Terima Kasih.

Salam Kejayaan,
Team RichWorks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular