Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Kematian doktor: KKM tidak bertoleransi kes buli kakitangan - Dr Dzulkefly

Dasar Tahun 6, Tingkatan 3 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina; Kes GISB: Dipercayai banyak lagi penderaan, polis akan siasat - K...

100 Sales Probing Questions to Truly Understand Your Prospects' Pain

Check out 100 probing questions that can help you quickly and efficiently uncover your prospects' pain points.

Kenapa Sales Boleh Meningkat Double? Apa Yang Berbeza Tahun 2019 dan 2021?

image

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

alluser

Membina bisnes berjaya ini merupakan satu proses. Proses ini pula boleh jadi panjang dan boleh juga jadi singkat. Pastinya semua orang tidak mahu ia terbantut sekerat jalan.

Jadi untuk membina bisnes berjaya, satu elemen penting perlu dititik beratkan dengan sepenuh hati, iaitu MOMENTUM. Jauhi sifat "hangat-hangat tahi ayam", buat kerja separuh jalan dan give-up. Ini perkara yang perlu kita basmi.

Kami di RichWorks amat memahami apabila anda bertemu pelbagai masalah seperti aliran tunai yang tidak cantik, kekurangan modal, tak ada tenaga kerja yang pakar, branding dan marketing yang tidak berjalan lancar dan sebagainya.

Masalah-masalah sebeginilah yang membuatkan ramai usahawan sukar untuk mengekalkan momentum dalam bisnes mereka. Masalah-masalah sebeginilah yang sentiasa kami bantu!

Namun apa yang paling kritikal, anda haruslah komited nak berubah, nak belajar, nak bangkit dan nak mengekalkan momentum bisnes anda.

Berikut kisah anak didik kami yang berjaya mengekalkan momentum bisnes kerana mereka komited untuk berjaya!

KEKAL SUKSES, PASANGAN KEKAL MOMENTUM KETIKA PKP

Pasangan suami isteri, Shaharil Shafie dan Nor Izha Mohamad Shah, adalah individu penting syarikat Dmimi Sdn Bhd yang menyimpan kisah yang wajib dikongsikan bersama sebagai panduan untuk mereka yang mahu berjaya.

Bagi Shaharil selaku Pengarah Urusan syarikat berkenaan, dunia usahawan sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing baginya kerana beliau telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan sejak berumur 10 tahun lagi ketika itu dengan menjual minyak petrol untuk kegunaan motosikal.

Berbekalkan pengalaman masa kecilnya, Shahril pada 2008 memberanikan diri menceburi bidang perniagaan berasaskan produk kain pasang, iaitu kain yang masih belum dijadikan pakaian.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan Dmimi mula berkembang dan mereka menjual baju kurung. Sama seperti usahawan-usahawan lain yang mengalami jatuh bangun, Shaharil dan Nor Izha turut tidak lari daripada dugaan dan cabaran yang menuntut tahap kesabaran yang tinggi. Saat yang paling sukar ialah pada tahun 2012. Mereka terjerut dengan hutang sebanyak RM450 ribu dan hampir diisytiharkan muflis.

Hakikatnya, perniagaan yang dibuat tanpa guru dan mentor tidaklah semudah yang dibayangkan. Ini kerana banyak perkara yang perlu dilakukan dan ia memerlukan ilmu kepimpinan, pengurusan, keusahawanan dan sebagainya.

Mereka kemudiannya mula mencari guru dan bertemu dengan program-program RichWorks di bawah kendalian Datuk Wira Dr. Azizan Osman pada tahun 2013 iaitu Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Mereka juga dapat merasakan perubahan dan perbezaan yang lebih besar lagi selepas mengikuti program Mentoring Titan yang dikendalikan oleh Dr. Azizan.

Circle Titan banyak membantunya melalui perkongsian maklumat terutama berkaitan teknik dan cara untuk mengembangkan perniagaan. Itu semua dikongsi dalam kelas-kelas dan latihan-latihan yang diadakan oleh Titan.

Perubahan yang berlaku sejurus mengikuti program Mentoring Titan bukan sahaja dapat dilihat dalam diri, tetapi turut berlaku kepada kepada produktiviti keseluruhan Syarikat Dmimi Sdn. Bhd.

Pada 2019 katanya mereka sudah mempunyai 5 orang kakitangan, meningkat kepada 29 orang pada 2020 dan seterusnya menjadi 32 orang pada 2021. Pada 2021 juga mereka sudah memiliki 9 lot kedai dan merancang membuka lebih banyak kedai lagi.

Dari segi hasil jualan, Dmimi memperoleh RM1.3 juta pada tahun 2019, meningkat kepada RM4.7 pada tahun 2020 dan tahun 2021, hasil jualan mereka sudah mencecah RM7 juta.

Mereka juga kini tidak lagi hanya bersikap menunggu pelanggan datang berkunjung ke kedai mereka, tetapi giat melakukan aktiviti pemasaran dan penjualan secara atas talian hasil daripada ilmu yang diperoleh semasa mengikuti bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan program-program RichWorks.

Nasihat Shaharil dan Nor Izha kepada usahawan dan bakal usahawan.

"Apa yang amat kita perlukan untuk memulakan sesebuah perniagaan ialah ilmu. Untuk memperoleh ilmu, kita haruslah mencari di tempat yang betul. Perlu juga ada mentor yang boleh membimbing kita dalam mengembangkan perniagaan."

(Sumber: E-Book 100 USAHAWAN JUTAWAN - Satu Misi Bantu the Nation). Percuma ebook ini jika anda menyertai Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022

image

Setiap perniagaan yang berjaya bermula dari ilmu betul yang dipelajari. Nak dibimbing?

"Branding & Marketing Power adalah kunci kepada Sales anda jadi 10X ganda!"

– Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Jumpa anda di program nanti…

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anak didik kami yang menyambutnya dan selamat bercuti semua!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami.

image

Salam Kejayaan
Team RichWorks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular