Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun

Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN; Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak...

5 Perkara Saya Belajar Selepas Setahun Kena Covid Dan Hampir Maut

image

Hari ini genap setahun berjuang melawan Covid untuk hidup di atas katil ICU Hospital Sungai Buloh.

Ketika itu Doktor Pakar berbincang harapan survive amat tipis asbab serangan Covid ke atas paru-paru dan tahap oksigen menurun.

Mak mertua saya juga Nek-Nah (Hjh Asnah bt Ahmad) Covid dalam hospital yang sama, akhirnya Allah swt lebih menyayanginya dan kembali ke rahmatullah pada hari Ahad pagi 24 Januari 2021.

image

Apa saya belajar? 5 perkara:-

1- Allah swt boleh uji kita bila-bila masa. Hidup ini seluruhnya adalah ujian. Umpama kita dalam permainan "video game"…. anytime boleh ada ujian, cabaran dalam pelbagai bentuk, kecil atau besar, dari mana sahaja dan kita perlu sentiasa bersedia respond dengan baik dan pantas.

2- Setiap perkara ada proses - Contoh bila saya dalam tempoh recovery. Doktor pakar saya pesan, healing takes time mungkin 3-6 bulan. Don't push it but faham it takes time. Make sure saya makan makanan yang baik, tidur dengan baik which masa tu susah gila nak tidur dan banyakkan berehat dari terlalu banyak berfikir atau stress kerana stress akan melambatkan proses recovery.

3- Dan personally, semua yang berlaku buat saya lebih hargai kehidupan dan orang sekeliling saya serta seluruh anak didik saya dan ramai yang mendoakan saya ketika saya sakit.

4- Hidup ini betul-betul singkat. Sampai masa kita akan pergi jua. Cepat lambat bukan urusan kita tetapi ketika ada ruang dan peluang, apakah yang kita buat dengannya? Gunakan "aset masa" yang ada untuk buat perkara yang baik walaupun hanya spend time bersama keluarga atau gunakan masa untuk bantu orang lain dengan kerja atau bisnes kita.

5- Selagi belum mati, jangan mengalah. Semua orang ada 24-jam yang sama. Kita hidup orang lain pun hidup. Play big! Dan apa yang trigger saya ini membuatkan saya lebih berani play big. Saya melangkah menjadi antara pelabur utama dalam syarikat di Bursa Malaysia, MPay Berhad dan banyak lagi tindakan lebih berani. Terima kasih kerana sentiasa doakan saya.

Love,
Datuk Wira

image
image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular