Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing

'Kenapa pembangkang diam bila ringgit mengukuh?' – PM Anwar; Tentera Israel bunuh, buang jasad mangsa dari bumbung bangunan; Seorang...

Bagaimana Anda Jaga Pelanggan? 7 Tip Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan

Artikel terbaru berkaitan kelebihan membina hubungan baik dengan pelanggan dan surah Al-Kahfi yang boleh kita amalkan. Semoga bermanfaat.
image

Hi alluser,

Salam Jumaat, moga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki dan kebaikan untuk kita semua.

Dalam kesibukan jangan lupa untuk melakukan perkara sunnah pada hari istimewa ini seperti bersedekah, berdoa, berzikir, memotong kuku dan datang awal ke masjid bagi kaum lelaki.

Jika anda nak bersama menyumbang, membantu keluarga memerlukan boleh juga bersama RichWell dengan klik di sini.

Semalam, jangkitan C0vid-19 melepasi angka 5,000 dengan 5,439 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,850,408 kes. Berlaku peningkatan berbanding hari sebelumnya.

Sebagai rakyat bertanggungjawab, marilah kita sama-sama menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. #KitaJagaKita

Sementara menanti waktu untuk ke masjid dan melaksanakan urusan lain, luangkan sedikit masa membaca dua artikel terbaru ini.

Artikel mengenai 7 tip bina hubungan baik dengan pelanggan yang membawa manfaat jangka panjang kepada perniagaan anda.

Selain itu, artikel 5 kelebihan membaca surah al-Kahfi. Semoga bermanfaat.

image

7 Tip Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan

Biasakan dengar 'customer always right'.

Ketika bertugas sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel terkemuka, sewaktu kursus kami diajar mengenai perkara ini.

Sebagai penyambut tetamu kami juga dimaklumkan bahawa kami merupakan gambaran pertama dan terakhir (first and last impression) yang menentukan pelanggan akan kembali semula atau tidak.

Jika anda di industri yang berbeza, lain pula kerenah pelanggan. Mungkin ada pelanggan yang cerewet memastikan produk yang mahu dibeli menepati citarasanya.

image

5 Kelebihan Surah al-Kahfi

Kelebihan membaca ayat al-Quran ialah setiap huruf dikira satu kebaikan yang akan dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan.

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat al-Tirmizi)

Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.

Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular