Artikel terbaru berkaitan tip tingkat produktiviti pasukan supaya tugas dapat diselesaikan secara on time dan tip mengembangkan potensi diri
Hi alluser, Selamat pagi, semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa menjaga SOP di samping pastikan ambil Booster ya. Semalam, kes positif C0VID-19 terus melonjak, apabila 17,134 kes dilaporkan sekali gus menyumbang kepada sejumlah 2,956,332 kes positif wabak berkenaan sejak Januari 2020. Sehubungan itu, usahawan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu bersedia memastikan diri malah team jika ada mengambil suntikan dos penggalak C0VID-19 dengan segera bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan lancar. Sebagai individu bertanggungjawab, sama-sama #KitaJagaKita. Sementara anda meneliti SOP yang perlu dipatuhi, jom baca dua artikel terbaru ini. Kami kongsikan artikel mengenai 5 tip meningkatkan produktiviti pasukan ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memberi impak positif kepada syarikat. Selain itu, artikel kedua mengenai 6 tip untuk mengembangkan potensi. Semoga bermanfaat. | |
Bekerja Lebih Pintar, Bukan Lebih Sukar. 5 Tip Tingkat Produktiviti Pasukan Masih anda ingat kisah peribahasa Melayu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat? Maksudnya, sesuatu kejayaan yang diperoleh disebabkan seluruh pasukan atau masyarakat bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain. Pasukan atau team yang mantap akan memberikan kesan positif kepada syarikat. Pemimpin mana yang tak mahu memiliki team yang efisien, mudah diurus dan mempunyai produktiviti yang tinggi? Bekerja lebih pintar, bukan lebih sukar! | |
Anda Kenal Diri Anda? 6 Tip Mengembangkan Potensi Diri Setiap individu mempunyai kelebihan, kekuatan, keunikan dan kelemahan masing-masing. Perbezaan ini menjadikan dunia unik. Situasi ini juga menjadikan setiap daripada kita saling melengkapi dan memerlukan. Mungkin seseorag itu hebat dalam bidang akademik tetapi tidak dalam bidang kemahiran dan sebaliknya. Setiap individu juga mempunyai impian. Contohnya, impian mahu membahagiakan ibu bapa, membantu insan sekeliling, mempunyai kenderaan dan rumah idaman. | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |