Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

Duit Tak Nampak, 3 Faedah Transaksi Tanpa Tunai

Artikel terbaru berkaitan kelebihan menggunakan transaksi tanpa tunai berbanding membawa sejumlah wang tunai dan fakta menarik mengenai seja
image

Hi alluser,

Kita sudah pun masuk ke bulan Februari! Januari dah berlalu, adakah tindakan anda berjaya capai sasaran ditetapkan? Sudah reflect balik dan rancang tindakan susulan?

Dalam pada itu, mungkin ada di antara kita hari ini masih dalam mood bercuti. Walau apa aktiviti kita lakukan pastikan kita sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling termasuk perubahan cuaca.

Kelmarin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, cuaca lembab dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan hujan pada sebelah pagi di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

Manakala kawasan barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta pantai barat Semenanjung khususnya Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka Johor dan Pahang dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 2 hingga 7 Februari 2022.

Sementara anda memperoleh maklumat lanjut mengenai ramalan kaji cuaca, jom luang masa seketika baca artikel kami kongsi hari ini.

Kami kongsikan artikel terbaru berkaitan kelebihan transaksi tanpa tunai yang lebih menjimatkan dan menjamin keselamatan.

Selain itu, artikel kedua mengenai 3 fakta menarik mengenai produk kegemaran ramai wanita iaitu Tupperware. Semoga bermanfaat.

image

Duit Tak Nampak? 3 Faedah Transaksi Tanpa Tunai

Banyak syarikat menyediakan pengalaman beli-belah serba canggih yang menggunakan kaedah digital dan sesuai dengan keperluan pelanggan masa kini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia, melancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan yang akan membolehkan pembayaran rentas sempadan yang pantas, selamat dan cekap antara Malaysia dan Indonesia.

AEON Co (M) Bhd (Aeon) bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk membolehkan penggunaan e-dompet GrabPay sebagai kaedah pembayaran.

McDonald's Malaysia pula memberikan pengalaman pembelian tanpa sentuh dengan memperkenalkan ciri baharu Order & Collect melalui aplikasinya.

image

Ilham Daripada Penutup Cat! 3 Fakta Menarik Tentang Tupperware

Baru-baru ini kita menyaksikan kemusnahan harta benda disebabkan bencana banjir.

Namun ada sesuatu yang mengagumkan apabila gambar bekas Tupperware yang penuh dengan keropok ikan tular di media sosial kerana dapat menyimpan makanan di dalamnya dalam keadaan baik dan masih rangup walaupun sudah lama berada dalam air banjir mengakibatkan bahagian luar kotor diselaputi lumpur.

Kisah itu secara tak langsung menyebabkan Tupperware dapat publisiti percuma oleh pengguna produk itu.

Suri rumah atau golongan ibu sering menganggap Tupperware adalah barang bernilai selain pinggan mangkuk yang tersedia cantik di dalam kabinet.

Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular