Artikel terbaru berkaitan kisah inspirasi graduan sarjana kejuruteraan yang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sebagai dropship buku ke
Hi alluser, Selamat pagi Isnin. Sedang fikirkan apa tu? Minggu baru, pastinya berbekalkan semangat dan tindakan yang lebih baik lagi. Sememangnya, setiap insan mengimpikan keluarga bahagia, miliki rumah yang selesa, kerjaya yang baik dan kehidupan yang harmoni. Baru-baru ini, portal hartanah iProperty.com.my mengumumkan beberapa penemuan yang menunjukkan bahawa keseluruhan median keboleh mampuan pencari rumah adalah RM474,900 dan median ansurans pinjaman rumah RM2,000. Pada perkembangan sama, Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menasihatkan sebarang pembelian hartanah perlu berlandaskan faktor keperluan peribadi serta kemampuan kewangan pembeli dan bukannya berpandukan pendapat orang lain. Ya lah, harga rumah bukan seringgit dua yang mudah untuk kita buat keputusan dalam pembelian sebaliknya memerlukan penilaian yang terbaik supaya tak menyesal di kemudian hari. Dalam pada itu, hari ini, kami kongsikan kisah inspirasi kejayaan pengasas eNuur, Nur Hidayati Ahmad Barudin yang pada awalnya buat bisnes tapi 'susahkan' keluarga sehingga akhirnya beliau berjaya mengembirakan keluarga dan membantu insan lain menjana pendapatan. Selain itu, artikel kedua mengenai 3 srategi pemasaran yang relevan di era digital. Semoga bermanfaat. | |
eNuur: Graduan Sarjana Kejuteraan Jatuh Cinta Dengan Perniagaan, Jana Pendapatan Dengan Keberkatan Memulakan pernigaan sekadar suka-suka sebagai dropship menjual buku keagamaan selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuteraan peringkat sarjana akhirnya membuatkan Puan Nur Hidayati Ahmad Barudin jatuh cinta dengan bidang perniagaan. "Selepas saya habis sarjana, saya jadi dropship buku, saya tersuka dan rasa seronok jadi dropship ini. Saya tak ada asas langsung mengenai bisnes, keluarga juga. "Masa saya buat marketing ada sambutan dan ada order. Saya pernah buat review dengan instafamous lagi dapat sambutan. Masa itu jualan saya paling tinggi adalah RM10,000 sebulan. Saya rasa RM10,000 setiap bulan sebagai dropship sangat wowww," katanya. | |
Bangkit Tangkis Ledakan Teknologi! 3 Strategi Pemasaran Era Digital Jumlah peniaga atas talian yang semakin ramai dikesan antara punca sambutan pengguna terhadap bazar larut malam di sekitar Lembah Klang berkurangan sejak kebelakangan ini. Malah, peniaga juga dikesan mula beralih arah dengan memilih menjalankan aktiviti perniagaan dalam talian daripada menyewa premis berikutan sewa kedai atau tapak berniaga yang mahal. Situasi ini lebih ketara sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) berlaku, kedai fizikal tepaksa ditutup, lebih malang ada yang terus gulung tikar. | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |