Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

Hidup Susah Buat Hamidah Nekad Nak Jadi Kaya!

Jadi untuk menjana pendapatan yang berlipat kali ganda untuk bisnes,
image

Kebanyakan usahawan yang berjaya pada hari ini pernah hidup sukar, begitu susah hingga boleh dikategorikan sebagai miskin tegar 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.'

Tidak ada kerja bermakna tiada gaji dan seluruh ahli keluarga tak dapat makan. Sedih bukan?

Namun usahawan-usahawan berjaya ini tidak mahu selama-lamanya terbelenggu dalam kancah kemiskinan hingga kehidupan menjadi sukar. Mereka sejak dari dahulu lagi telah menanam cita-cita dan impian untuk menjadi kaya raya.

Tetapi bagaimana pula caranya nak menjadi kaya?

Bagi kami di RichWorks, melangkah ke alam perniagaan ialah cara yang terbaik, bahkan Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat,

"Wahai Rasulullah, mata pencarian apakah yang paling baik?" Beliau bersabda, "Pekerjaan seorang laki-laki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur (diberkahi)." (HR. Ahmad 4: 141, Hasan Lighoirihi).

Berniaga sudah jelas adalah sunnah Nabi dan ambil lah kesempatan dari keberkatan dunia dan akhirat dengan jalan berniaga.

Mengapa kami berkata demikian? Ini kerana apabila anda sudah senang lenang anda dapat meningkatkan nilai-nilai insaniah paling tidak kepada orang-orang di sekeliling anda seperti keluarga dan pekerja syarikat. Paling baik jika seluruh masyarakat dapat anda bantu. Bukankah itu satu sifat mulia dan tanda bersyukur atas limpahan rezeki yang dikurnia oleh Nya.

Jadi kami di RichWorks sentiasa bersedia untuk membantu proses anda menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Sebelum itu, jom kita baca kisah salah seorang pelajar kami di Singapura yang berjaya bina bisnes sedangkan asalnya suami beliau hanyalah bekerja sebagai penggali kubur sahaja!

HIDUP SUSAH BUAT HAMIDAH NEKAD NAK JADI KAYA!

Hanya bergantung hidup dengan pendapatan suami yang tidak menentu sebagai penggali kubur, di samping mengharapkan bantuan zakat, seorang suri rumah tekad mencari jalan untuk bebas daripada kepompong kemiskinan.

Menceritakan kembali detik sukar yang dilaluinya, Hamidah Hamid dari Singapura berkata, beliau sekeluarga juga terpaksa mengharungi kepayahan hidup bersama enam orang anaknya termasuk apabila bekalan elektrik dan air dipotong kerana tidak memiliki wang untuk membayar bil.

Malah, situasi kepayahan dan cabaran yang dihadapi beliau bertambah getir apabila salah seorang anaknya menghidap penyakit kegagalan fungsi hati. Anaknya itu telah pun meninggal dunia.

Purata pendapatan yang mereka sekeluarga perolehi sebulan ialah kira-kira SGD$2,000. Ia tidak mencukupi berikutan kos sara hidup yang amat tinggi di Singapura.

Namun, dengan semangat juang untuk berjaya dan berpegang teguh kepada prinsip jangan sesekali menyerah, beliau memulakan langkah berniaga dengan niat asalnya mahu membantu suaminya. Tanpa ilmu dan hanya berbekalkan semangat, Hamidah memulakan perniagaan sebagai dropship produk mesra wuduk.

Daripada hanya bermula kosong dan tidak mempunyai team, beliau perlahan-lahan mula menuntut ilmu perniagaan sambil berniaga, demi memastikan dirinya mempunyai ilmu yang diperlukan. Antara yang dilakukannya termasuklah menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman pada tahun 2015.

Pada ketika itu jugalah dia mula kenal dan menyertai dropship produk Nurraysa. Sekarang beliau menjadi pemilik Camelita Enterprise yang merupakan salah seorang Master Stokist Nurraysa Singapura.

Walaupun mendapat ilmu menerusi program yang disertainya ketika itu, beliau dalam masa yang sama turut mendaftar program lain termasuk 'Mentoring Titanium'.

Keputusan untuk menyertai program RichWorks sebelum ini terutama Mentoring Titanium disifatkannya sebagai satu tindakan tepat, lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya yang berdepan pelbagai cabaran. Paling dapat dirasakan daripada segi jumlah pendapatan yang semakin meningkat.

Selepas berjaya menyertai Titanium pada akhir tahun 2018 dan kekal sehingga kini, Hamidah dalam masa yang sama berjaya mempunyai simpanan tunai dan emas, sesuatu yang tidak pernah beliau impikan di sepanjang beliau bergelar suri rumah.

Selain itu, pertambahan bilangan team daripada 120 pada tahun 2019 kepada 350 team pada tahun 2021 turut membuatkan beliau bersyukur dan berharap perniagaan kekal dengan momentum sedia ada.

Beliau dalam masa yang sama juga telah memiliki pejabat sendiri bagi memudahkan segala urusan perniagaannya. Hamidah kini mempunyai seramai 1,800 pengedar.

Selain itu, beliau berjaya membimbing dan membantu empat orang suri rumah dengan nilai jualan mencecah SGD$100 ribu.

Pada tahun 2019, syarikat beliau berjaya memperoleh pendapatan sebanyak SGD$332 ribu dan terus menunjukkan peningkatan sehingga mencecah SGD$668 ribu pada tahun 2020 manakala SGD$740 ribu pada tahun 2021!

Nasihat beliau kepada bangsa usahawan, "Kejayaan tidak datang sekaligus. Ia melalui proses yang penuh berliku dan memerlukan kesabaran. Sama ada kita bertahan dan berjaya, atau kita akan berputus asa. Selain itu, ilmu juga sangat penting dan sepanjang proses perjalanan itu, jangan lupa tambahkan ilmu."

(Sumber: E-Book 100 USAHAWAN JUTAWAN - Satu Misi Bantu the Nation). Percuma ebook ini jika anda menyertai Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022)

Jika Hamidah BERANI membuat keputusan yang drastik dalam hidupnya hingga berjaya dan menjadi jutawan, bagaimana pula dengan anda? Daftar sekarang di http://binabisnesberjaya.com/

BERANI membuat keputusan boleh mengubah nasib anda, yakinlah!

"Branding & Marketing Power adalah kunci kepada Sales anda jadi 10X ganda!"
– Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung melalui whatsapp atau hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di

image

Jumpa anda di program nanti...

Salam Usahawan Berjaya,
Team RichWorks

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular