Artikel terbaru berkaitan tip dan cara nak tulis buku yang boleh jadi 'name card' anda dan fakta menarik serta larangan semasa Tahun Baru Ci
Hi alluser, Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua dan Hari Wilayah Persekutuan bagi mereka yang menetap di WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Hari ini diisytiharkan Hari Wilayah Persekutuan sempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1 Februari 1974. Sempena Tahun Baharu Cina, semoga bangsa usahawan terus mendapat lebih kekayaan dan keuntungan untuk kita kongsi dan nikmati bersama insan lain. Ketika musim perayaan, biasanya bangsa usahawan pasti akan menawarkan promosi-promosi tertentu bagi menarik minat pelanggan mereka. Tawaran yang menarik pastinya membuatkan mereka tertarik di samping hari cuti yang digunakan ramai orang untuk berjalan dan pulang ke kampung masing-masing. Jangan lupa jaga SOP dan berhati-hati di jalan raya. Sebelum itu, jom tambah ilmu di dada dahulu. Pagi ini kami kongsikan artikel terbaru mengenai 5 tip untuk menulis buku sehingga berjaya dan jadikan buku sebagai 'name card' anda. Selain itu, artikel kedua mengenai kemeriahan Tahun Baharu Cina, 5 fakta menarik dan 5 perkara yang dilarang. Semoga bermanfaat. | |
Nak Tulis Buku Bagi Branding Anda? 5 Tip Menulis Buku Ramai orang tak tahu, sebagai peniaga bagus jika anda ada buku sendiri. Tak kiralah samaada buku yang dijadikan e-book, buku diterbitkan sendiri atau penerbit. Kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, buku boleh jadi 'name card' anda. Orang lain hulurkan 'name card' untuk perkenalkan diri tapi anda boleh hulurkan buku anda. Best tak? Bila anda ada buku sendiri, ianya membuktikan anda sebenarnya pakar dalam bidang yang anda niagakan, ianya buatkan orang lebih yakin bila nak berurusan dengan pakar. | |
Kemeriahan Tahun Baharu Cina, 5 Fakta Menarik Dan 5 Larangan! Apabila kita mula menyaksikan pelbagai hiasan dan dekorasi berwarna merah bersalut keemasan dipasang di mana-mana, pasti sudah diketahui umum bahawa itu menandakan kedatangan sambutan Tahun Baharu Cina di seluruh dunia, dengan tahun ini adalah tahun harimau. Tanglung merah pelbagai variasi bentuk dan saiz dapat dilihat di mana-mana digantung menjadi penyeri bukan hanya di kediaman bahkan di gedung-gedung perniagaan dan pejabat. Begitu juga pelbagai jenis bunga dan pokok limau hiasan yang berwarna terang biasanya menjadi hiasan tradisi yang sering mewarnai detik-detik kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina. | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |