Assalamualaikum & Salam Sejahtera alluser,
Ramai usahawan tanpa sedar buat banyak kesilapan besar di dalam bisnes. Antaranya ialah buat semua kerja sendiri. Betulkah statement ini? Sedangkan kalau buat kerja sendiri kan jimat kos?
Nanti…baca dulu kisah benar yang boleh dijadikan inspirasi dari En. Meor Syazali Mohamed, pengasas syarikat MEMIS Sdn Bhd yang membuat bisnes pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau mula berniaga pada tahun 2008 secara bersendirian dan tanpa bantuan atau sokongan sesiapa pun. Beliau hanya meraih paling tinggi jualan sebanyak RM10,000 sebulan sahaja walaupun berusaha keras hingga kepenatan dan tidak pedulikan keluarganya.
Beliau bergelut selama empat tahun untuk menaikkan perniagaannya, namun hasilnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Beliau tidak tahu mengapa usahanya itu seakan sia-sia dan perniagaannya masih tidak dapat berkembang.
Hinggakan satu hari rakannya memberikan tiket percuma untuk menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks.
Di program tersebut, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah menasihatkan "Dalam perniagaan, jangan nak buat semua kerja sendiri. Kalau betul nak grow, perniagaan yang dijalankan perlukan team" dan ini telah membuka minda Meor!
Selepas itu, beliau mula membentuk pasukan jualan dan pemasaran. Hasilnya sangat memberangsangkan dan bisnesnya mula menunjukkan kemajuan. Beliau dan pasukannya juga telah dibimbing bagaimana menjadi seorang leader yang berkesan dalam sebuah organisasi melalui sesi Executive Coaching (EC) dari Datuk Wira.
Membanggakan sekali, hasil jualan Meor dan team beliau pada 2021 melebihi RM3.6 juta!
Meor bersama team beliau kini menetapkan matlamat untuk memastikan suatu hari nanti, perniagaannya akan tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan berhasrat untuk mencapai sasaran jualan sehingga RM50 juta setahun serta memiliki sebuah wisma sendiri!
Kesungguhan, kesilapan, cabaran dan usaha jitu Meor dalam memajukan perniagaan dan dirinya wajar dijadikan panduan oleh usahawan atau bakal usahawan!
Sebenarnya banyak lagi isu-isu yang berbangkit di dalam dunia bisnes ini. Kami ada solusinya. Ingin tahu? Anda hanya perlu komited mengikuti setiap program yang kami anjurkan!
Dan sila bantu jawab penilaian yang kami sediakan ini untuk memudahkan kami memahami kedudukan anda dalam bisnes dan isu-isu yang sedang anda hadapi.