Artikel terbaru berkaitan cara kreatif untuk tarik pelanggan baru dan asbab rezeki dalam kehidupan. Semoga bermanfaat.
Hi alluser, Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. Moga lebih banyak kebaikan yang kita lakukan hari ini. Pahala pun bertambah, jangan lupa untuk perbanyakan selawat kita ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan bersedekah. Semalam, merupakan malam Nisfu Sya'ban. Salah satu hari yang mustajab berdoa. Semoga Allah SWT memperkenankan doa-doa hambaNya. Selain itu, kerajaan negeri Selangor melalui inisiatif skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) menyediakan peluang khususnya kepada golongan wanita untuk mula berniaga. Ibu-ibu di Selangor, apa lagi mungkin ini peluang yang anda nantikan selama ini. Bagi yang berminat dengan skim NaDI boleh membuat permohonan atau dapatkan maklumat lanjut di www.hijrahselangor.com. Sebelum anda meneruskan aktiviti hari ini, jom rehat seketika dengan artikel yang kami kongsikan. Hari ini, kami kongsikan 2 artikel terbaru mengenai cara kreatif tambah pelanggan baharu. Selain itu, artikel tentang 7 asbab rezeki. Semoga bermanfaat. | |
4 Cara Kreatif Dapat Pelanggan Baru
Untuk memacu pertumbuhan, peniaga perlu menentukan cara terbaik untuk terus memperoleh lebih ramai pelanggan baharu. Walau bagaimanapun, peniaga juga perlu berfikir di luar kotak kerana keperluan pelanggan berubah dari semasa ke semasa dan industri menerima pakai inovasi baharu. Pada masa sama, kepuasan pelanggan juga perlu dititikberatkan. Kenapa perlu jaga hati pelanggan? | |
Rezeki Tak Salah Alamat, 7 Asbab Rezeki Semua orang mahu dilimpahkan rezeki. Rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang mewah, rezeki yang tak putus-putus mengalir seperti air zam-zam. Apakah sebenarnya makna rezeki? Dalam tafsir al-Quran al-Sya'rawi, rezeki ialah apa yang memberi manfaat bagi kita. | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |