Assalamualaikum & Salam Sejahtera
alluser
Dewasa kini terdapat banyak cabaran, isu dan krisis di dalam dunia perniagaan. Ia merangkumi pelbagai hal seperti kos sara hidup yang tinggi, kos harga barang mentah yang meningkat, kuasa membeli orang ramai yang menurun, persaingan dari produk atau perkhidmatan yang sama dan pelbagai lagi.
Malah perang antara Rusia dan Ukraine juga membuatkan pasaran komoditi, minyak mentah dan pertukaran mata wang asing juga menjadi tidak stabil. Lantaran ini juga menjejaskan keadaan ekonomi negara kita.
Apabila kesan buruk ekonomi timbul, ramai usahawan seperti anda turut terjejas. Bisnes yang telah dibina bertahun-tahun jadi tersekat (stuck), sukar diselamatkan dan ramai yang bisnes mereka tidak dapat membangun (grow). Malah ada yang terpaksa gulung tikar!
Lantas ramai usahawan yang ingin mencari bantuan dan talian hayat. Masalahnya sekarang sudah ada ramai guru di pasaran yang menawarkan ilmu bisnes.