Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar

Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid; PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu; Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi da...

Persekitaran Perniagaan Tak Menentu. 5 Langkah Mudah Pantau Trend Industri

Artikel terbaru berkaitan cara memantau trend industri dalam pasaran semasa dan cara elak budaya toksik di pejabat. Semoga bermanfaat.
image

Hi alluser,

Ada yang masih tercari-cari macam mana nak lonjakkan jualan? Nak buat pemasaran pun takut? Atau ada yang bercita-cita nak kembangkan perniagaan ke luar negara?

Kami kongsi berita baik, Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukan hampir RM20 juta bagi melaksanakan program keusahawanan.

Peruntukan itu termasuk kemudahan pembiayaan yang menyasarkan 1,033 usahawan.

Peserta juga didedahkan dengan Program Khas Industri iaitu Aspirasi Pendigitalan Automotif (MyAuto Digital).

Bagi usahawan berpotensi menembusi pasaran global pula, mereka didedahkan dengan Program Food Facility Registration, US Food & Drugs Administrations (FFR, USFDA).

Tunggu apa lagi, segera rebut peluang ini kembangkan bisnes anda!

Sementara itu, kami kongsikan artikel tentang 5 langkah mudah memantau trend industri.

Selain itu, ketahui cara memilih pekerja yang tepat sekali gus elakkan budaya toksik di pejabat. Semoga bermanfaat.

image

5 Langkah Mudah Pantau Trend Industri

Momentum pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dijangka akan berterusan selepas lebih banyak jenama serta perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan operasi mereka.

Cara pengguna membeli dan membayar telah banyak berubah, khususnya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat Malaysia dilihat semakin yakin dengan kemajuan teknologi dalam penyelesaian pembayaran kerana mereka amat pantas menerima serta mengiktiraf faedah menggunakan penyelesaian pembayaran digital.

image

Pilih Pekerja Yang Tepat, 8 Perkara Elak Budaya Toksik

Ramai usahawan dan pengasas menumpukan usaha mencari dan mengupah pekerja dengan kelayakan terbaik.

Mereka menyemak berpuluh-puluh resume dan menjalankan temu bual yang tidak terkira banyaknya dengan harapan mendapat pekerja yang sesuai dengan keperluan syarikat.

Walaupun syarikat harus menyasarkan untuk mengupah calon yang paling sesuai, mereka juga harus memerhatikan dan mengelak pengambilan calon toksik.

Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular