Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Pimpinan utama GISB, isteri dan dua anak antara 19 direman tujuh hari

Tiga pembantu pengajar GISB mengaku tidak bersalah amang seksual; OIC sambut baik resolusi bersejarah PBB tuntut penamatan pendudukan Israel...

alluser Takut Nak Ambil Pekerja? Hermosa Wear, Raih Jualan Jutaan Ringgit Dengan Bina Team

image

Siapa pernah takut nak ambil pekerja? Pernah takut untuk mengambil pekerja kerana tak percaya kepada orang lain?

Bukan alluser seorang pernah merasai perasaan itu.

Itu antara halangan yang dihadapi oleh pengasas Hermosa Wear, Nurul Eliana Ab Rashid atau lebih mesra dipanggil Puan El dalam usha membina empayar perniagaan.

"Saya takut nak ambil pekerja, nak serah tugas kepada orang lain saya takut orang lain tak boleh buat sebaik saya buat. Saya juga takut saya tak mampu nak bayar gaji.

"Tapi hari ini saya mempunyai 18 pekerja, bila saya dah mula ada pekerja sebenarnya kita perlu ada ilmu kepimpinan, itu yang paling mahal saya belajar dengan RichWorks selain daripada ilmu perniagaan yang lain," jelasnya.

Menghapuskan ketakutan

Bagaimana Puan El mengapuskan ketakutanannya itu?

Hasil didikan Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks membuatkan beliau memperoleh keyakinan diri untuk bertindak dan berubah.

Puan El mula menukar mentaliti bagi memastikan tiada lagi sebarang penghalang kepada kejayaan perniagaannya.

"Saya menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2018. Pada masa saya kenal RichWorks, pendapatan syarikat yang saya usahakan hanya RM60 ribu setahun.

"Daripada situ, ilmu dan segala maklumat yang disampaikan Dr. Azizan saya praktikan satu persatu demi memastikan segala usaha yang dilakukan tidak terhenti di tengah jalan dan menjadi sia-sia," ujarnya.

Selepas menyertai IMKK, pendapatan beliau meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM400 ribu pada tahun tersebut dan menjadi satu turning point padanya untuk terus maju ke hadapan.

"Selepas menyertai IMKK, saya mengambil keputusan untuk menyertai program Titan. Saya sangat berminat dan rasa teruja," katanya.

Hasilnya, setelah mengikuti program permentoran Titanium, beliau sudah membuka pejabat dan mengambil pekerja malah dari pejabat kecil berpindah ke bangunan tiga tingkat.

Tambahnya, beliau banyak mempelajari ilmu kepimpinan untuk membentuk dan mengurus pasukan dengan lebih baik.

Ilmu ubah konsep perniagaan Hermosa Wear

Tegas Puan El, ilmu itu mengubah konsep perniagaannya daripada secara individu kepada konsep secara berkumpulan dan maju secara bersama-sama.

"Daripada perniagaan untuk keperluan sendiri, saya telah mengubah perspektif kepada membantu lebih ramai wanita.

"Kebanyakkan dropship saya suri rumah, mereka berkongsi kegembiraan apabila dapat membeli keperluan untuk anak-anak tanpa menanti wang yang diberikan oleh suami," ujarnya yang mempunyai kira-kira 6,000 dropship.

Pada tahun 2021, syarikat menjual pakaian mesra muslimah ini meraih jualan RM4.9 juta serta sudah pun ada lebih 100 koleksi pakaian seperti Clarita Tunic dan Avani Dress yang mendapat sambutan sangat baik.

Mula berniaga modal RM400

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Memulakan perniagaan dengan bermodal RM400, ketika itu Puan El menjual kain secara borong untuk mencari pendapatan tambahan membantu suami.

Pernah mencatu makanan bersama suami adalah antara pengalaman sedih yang pernah dialami oleh Puan El.

Suatu hari, peristiwa hitam terjadi ketika perniagaannya sedang meningkat sedikit demi sedikit.

Suaminya terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.

"Masa itu saya masih bekerja dan tengah sarat mengandung. Saya terpaksa berhenti kerja demi menjaga suami yang mengalami kecederaan parah. Bayangkanlah keadaan kami masa tu bagaimana?" katanya.

Tak pernah kenal erti mengalah, apabila suaminya semakin pulih, pasangan ini bangkit dan mengorak langkah membina semula perniagaan mereka.

Alhamdulillah, kini perniagaan Puan El telah membuahkan hasil, yang bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga malah untuk membantu lebih ramai wanita yang mahu mengubah nasib keluarga.

Siapa di sini juga sedang atau mahu menjana pendapatan untuk membantu keluarga?

Sebab itu, jika anda ada keinginan untuk menambah baik lagi kehidupan malah bisnes kami juga nak jemput anda ke Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang akan diadakan secara LIVE nanti. Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami melalui

image

Salam Kejayaan,
Team Richworks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular