Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu

Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin; Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik; Operasi ...

Manfaatkan Bulan Ramadhan Untuk Bisnes Alluser

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Alluser,


Bulan Ramadhan dah nak dekat.. Lagi berapa hari je lagi… Takkan Alluser] taknak manfaat bulan Ramadhan ni kan.. Bulan yang mulia dan sesuai untuk tambah amalan kita. Mungkin dengan amalan kita tu, bisnes kita lebih terjaga


Ada beberapa cara yang kita boleh buat untuk kita betul-betul manfaatkan bulan Ramadhan kali ini… Meh saya share..

  1. Beri Makan

Kita boleh buat sesi juadah berbuka puasa bersama anak-anak yatim ataupun kita beri makan kepada gelandangan yang memerlukan diluar sana. Mungkin dengan beri makan kepada orang yang memerlukan, dapat pahala serta dapat bantu bisnes kita dikenali dan maju.


 2. Beri Sumbangan


Kita juga beri sumbangan kepada orang yang memerlukan dan kita boleh war-warkan kepada pelanggan yang kita nak buat sumbangan supaya mereka boleh join sama-sama untuk beri sumbangan.


  3. Buat Majlis Ilmu


Mungkin yang mana dah biasa buat live tu, mungkin pada bulan Ramadhan ni, kita boleh jemput ustaz ataupun para alim ulamak untuk sama-sama kita buat majlis ilmu yang boleh beri manfaat kepada mereka yang join live tu.


Haa apa lagi ? Jom kita imarahkan lagi bulan Ramadhan yang akan datang tak lama lagi..


Saya sebenarnya dah tak sabar nak jumpa Alluser depan-depan. Alluser juga mesti dah tak sabar nak jumpa saya depan-depan kan. Asyik kelas online je kan..


Kali ni, saya akan buat roadtour dalam sesi Roadtour Momentum Bisnes 2022: Naikkan Perniagaan & Jualan Anda.


Saya akan datang di beberapa lokasi dan hanya terhad kepada 3000 orang sahaja untuk setiap lokasi.


Dapatkan tiket dan pilih lokasi Alluser sekarang di :


www.momentumbisnes.com/


Najib Asaddok

Online Rocket Marketing

ORM Master Trainer

CEO Momentum Internet Sdn Bhd

100 Most Influential Young Entrepreneur 2017

Nona Superwoman Best Social Media Trainer 2018

Popular