Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Banjir ragut dua nyawa, mangsa bah di Kelantan, Terengganu naik mendadak

Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan; ICC akan mohon waran tangkap terhadap pemimpin junta Myanmar; Sat...

Nurfella Beauty: Bisnes Dah Cecah RM1 Juta Drop, Meroket Raih RM15 Juta

Artikel terbaru mengenai kisah inspirasi pengasas Nurfella Beauty raih RM15juta selepas bisnes jatuh dan strategi mengendalikan tenaga kerja
image

Hi alluser,

Apa kabar? Moga sihat dan baik-baik saja kami doakan.

Kita sudah pun masuk 11 Ramadan pada hari ini, moga terus kekal istiqamah dalam melakukan amalan ibadat terutama membaca al-Quran.

Tahukah anda, dianggarkan perbelanjaan ketika puasa dan raya oleh umat Islam di negara berjumlah RM10 bilion, lapor Harian Metro baru-baru ini.

Mungkin tanpa kita sedar, bazar Ramadan yang berada di seluruh negara juga mainkan peranan dalam jana ekonomi kepada usahawan malah rantaian perniagaan berkaitan serta negara.

Apatah lagi, kakitangan kerajaan akan menerima bonus raya dan pencarum KWSP pula dibenarkan untuk membuat pengeluaran yang bermula 20 April nanti.

Betapa besarnya peluang yang ada bagi usahawan ketika bulan mulia ini, namun jangan pula tinggalkan amalan khusus dan yang lain di bulan Ramadan ini.

Dalam pada itu, kami kongsikan kisah inspirasi Puan Nurul Arija Zaidil Maheran seorang suri rumah nekad membantu suami yang ketika itu pendapatan sekitar RM40 hingga RM50 sehari.

Selain itu, artikel tentang 3 strategi menyambut tenaga kerja lebih muda. Semoga bermanfaat.

image

Nurfella Beauty: Bisnes Dah Cecah RM1 Juta Drop, Meroket Raih RM15 Juta

Seorang suri rumah tak memiliki pendidikan tinggi, namun ibu muda ini mahu membawa keluarganya daripada kepompong kesusahan.

Ketika itu, Nurul Arija Zaidil Maheran suami isteri serta seorang anak hanya tinggal menumpang di sebuah bilik kecil di rumah keluarga.

Kesusahan itu semakin terasa apabila anak kedua mereka yang merupakan pasangan kembar lahir.

image

3 Strategi Menyambut Tenaga Kerja Lebih Muda

Lebih daripada satu pertiga daripada tenaga kerja hari ini terdiri daripada generasi milenium (mereka yang dilahirkan antara 1981 dan 1996), dan menjelang 2030, bilangan pekerja Generasi Z (dilahirkan dari 1997 dan seterusnya) dijangka meningkat tiga kali ganda.

Mengekalkan perkaitan dalam merekrut pekerja terbaik daripada demografi ini memerlukan pendekatan yang berbeza.

Setiap generasi mempunyai kepercayaan, nilai, budaya, perspektif, kegemaran, kemahiran dan personaliti yang berbeza terhadap kehidupan dan pekerjaan.

Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular