Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar

Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid; PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu; Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi da...

Wow Pekasam RM10 Sepeket, Untung Cecah RM2.8 Juta

image

Salam alluser,

alluser suka tak makan pekasam? Ada orang kata pekasam ni pembuka selera.

Hari ini, kami nak kongsikan dengan anda kisah Puan Balkis Mohd Soib.

Bermula dengan 50 pek pekasam setiap hari, kini Hakak Maneh memiliki kilang sendiri di Perak dan mengeluarkan kira-kira 5,000 hingga 6,000 pek pekasam setiap hari.

Jika dahulu hanya dia dan suami yang mengusahakan bisnes itu, kini beliau mempunyai 20 orang pekerja untuk membantu kata pengasas Putra Afiq Global Sdn. Bhd., Balkis Mohd Soib.

"Produk kami semakin mendapat tempat dalam pasaran dan menerima permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat, khususnya golongan suri rumah. Saya juga dapat membantu ramai orang apabila melantik kira-kira 2,500 ejen," katanya.

image

Bagaimana Hakak Maneh bermula?

Apa yang menarik, Balkis yang juga kerani di sebuah sekolah berkata, beliau memulakan perniagaan itu secara kecil-kecilan empat tahun lalu dengan niat untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori, menambah pendapatan.

"Setiap kali suami keluar bekerja mencari rezeki, hati saya tidak tenang dan tidur pun tak lena kerana bimbang dengan keselamatannya. Di situlah saya mula menjual pekasam sebab tak nak suami saya menanggung risiko setiap hari di atas jalan raya," katanya.

Suatu hari, perkara yang selalu dibimbangi akhirnya benar-benar terjadi apabila suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan parah.

"Sejak peristiwa itu, saya nekad mahu memajukan lagi perniagaan pekasam daging agar menjadi sumber pendapatan keluarga. Saya mahu suami berhenti kerja dan tidak perlu memandu lori lagi," katanya mengimbau saat awal dia memulakan perniagaan.

Ditanya mengapa memilih pekasam daging sebagai produk, menurut Balkis pada permulaan dia menjual produk-produk kecantikan sehinggalah suatu hari beliau menonton video Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Dalam video itu, Dr. Azizan menasihatkan jika seseorang itu mahu berniaga, sebaiknya lakukanlah 'apa yang ada di tangan' mereka.

"Masa itu saya terfikir yang saya tahu buat adalah pekasam. Tapi bolehkah saya jual pekasam ni? Ada ke orang yang nak makan pekasam hari-hari?" katanya.

Bagaimanapun, beliau menyahut juga saranan Dr. Azizan itu dan mula mempromosikan makanan tradisi tersebut di laman Facebook. Ketika itu, beliau hanya menawarkan 50 paket pekasam sahaja untuk dijual kepada sesiapa yang mahu mencuba.

"Masa tu saya post kat Facebook, 'okay siapa nak rasa pekasam akak, boleh komen kat bawah'. Eh tiba-tiba masuk order 30 paket. Lepas tu order naik ke 70 paket. Sampai esok pagi naik ke 130 paket."

"Saya terkejut dan mula terfikir, mana saya nak cari daging ni? Dari situ saya mula follow video-video Dr. Azizan dan terus menjual pekasam daging saya. Jualan juga semakin menguntungkan."

"Masa tu rumah saya macam nak ranap. Peti ais saya dah tak muat. Waktu tu cuma saya dan suami yang buat bisnes ni. Saya sendiri macam tak percaya dapat jualan macam tu. Padahal saya jual pekasam je pun. Harga pun cuma RM10 sepaket," katanya lagi.

Selepas menyertai program Mentoring Titanium yang ditawarkan oleh RichWorks, capaian jualan terus meningkat. Pada tahun 2021, hasil jualan masih bertahan dengan mencecah RM2.8 juta.

Ketika ditanya apakah yang sudah Dr Azizan dan RichWorks bantunya, Balkis memberitahu :

"Hakak Maneh lahir 100% dari bimbingan Dr Azizan dan Richworks. Kalau dulu pekasam tidak dikenali, hanya orang tua-tua yang menjual, hari ni kami membuktikan Pekasam semakin dikenali. Dr Azizan banyak mengajar Hakak Maneh untuk terus berkembang walaupun tinggal di kawasan kampung."

Dapat sesuatu tak daripada perkongsian ini? Siapa sangka jual pekasam dan duduk di kampung boleh jadi jutawan juga?

Sebab itu, jika anda ada keinginan untuk menambah baik lagi kehidupan malah bisnes kami juga nak jemput anda untuk jadi orang PERTAMA yang menerima tawaran eksklusif untuk program Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang bakal diadakan secara LIVE dan klik link >> https://richworks.com/imkk

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami melalui

image

Salam Kejayaan,
Team Richworks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular