Isu Ayam!
Popular sungguh ayam, ayam pun jadi isu.
Sebelum ini tular, ikan kayangan. Mana tahu tak lama lagi muncul pula ayam kayangan?
Ya lah, banyak menu kegemaran kita berasaskan ayam. Tak lengkap rasanya atas meja tak ada rendang ayam. Sanggupkah kita KFC snack plate pada harga RM50?
Malaysia menghentikan pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan berkuat kuasa 1 Jun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dibuat sehingga harga dan pengeluaran ayam di dalam negara kembali stabil.
Kerajaan memandang serius terhadap isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa. Harga siling ayam standard pada ketika ini adalah RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.
Anda risau? Anda bimbang?
Apa persediaan anda sebagai peniaga? Pemilik bisnes?
Berapa lama bisnes anda boleh bertahan dalam keadaan sekarang?