JAKARTA - Permulaan tahun baru dalam kalendar Islam baik buat RichWorks International Sdn. Bhd., bila dapat bersama sekitar 200 usahawan terutama dalam ekonomi kreatif di ibu negara Indonesia, semalam.
Pengasas dan Mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharram, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi bisnes coaching bersama usahawan ini.
Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak dalam berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan.
Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) di bawah kepimpinan Bapak Dr Sandiaga Uno.
"Meskipun sesi dalam sehari saja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis," katanya kepada wartawan di sini, hari ini.
Tambahnya, RichWorks turut menaja sehingga 50 usahawan yang layak untuk ikuti sesi Inner Circle Meeting (ICM) yang dihadiri sekitar 350 usahawan jutawan Malaysia di Bali pada September nanti.
"Mereka yang layak berpeluang mengikuti bagaimana saya dan RichWorks membimbing usahawan jutawan dalam membina bisnes lebih berjaya.