Bagi yang dah daftar, tahniah dan jangan lupa ajak team dan rakan-rakan usahawan yang lain.
Ini khusus buat followers Azizan Osman Official dan RichWorks di media sosial termasuk Telegram, blog, newsletter dan e-magazine.
Sementara itu, berjumpa kita pada keluaran The Titan Bilangan 26 kali ini yang menampilkan usahawan menghasilkan pemanis mulut, Robiatul Adawiyah Ibrahim.
Mengasaskan produk Durian Crepe Rabi, Robiatul Adawiyah pada awalnya merupakan seorang guru tadika yang hanya bergaji RM900.
Bagi membantu suami menambah pendapatan, beliau memulakan inisiatif mengambil tempahan pelbagai jenis makanan termasuklah, durian crepe dari rumah.
Bangun seawal jam 3 pagi menyiapkan tempahan pelanggan dan keperluan keluarga sebelum bergegas ke tempat kerja, situasi itu adakalanya menyebabkan beliau kepenatan lalu tertidur.
Namun, segalanya berubah sekitar Ogos 2017, ketahui tindakan hebat yang dilakukannya hingga berjaya keluar daripada kesempitan hidup!
The Titan e-magazine mengandungi kisah inspirasi ahli Titanium (Titan) di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama RichWorks.
Setiap daripada mereka ini juga seperti anda satu masa dulu, ada yang hanya seorang suri rumah, kakitangan awam & swasta, guru, graduan, pelajar, ejen, dropship dan lain-lain lagi.
Di samping itu, artikel berkaitan industri juga akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Moga ia dapat sedikit sebanyak memberikan anda inspirasi, panduan dan idea dalam membina bisnes berjaya.