Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera alluser,
Dalam tempoh bulan Ramadan yang bakal tiba ini, selain menumpukan amal ibadah, ramai juga pengguna nak menghias kediaman, membeli-belah bagi persiapan puasa & raya serta meneroka barangan kecantikan yang berkualiti.
Memandangkan kebanyakan orang bakal berbelanja lebih pada Ramadan, penting untuk peniaga memenuhi keperluan mereka sebelum dan semasa bulan ini.
Situasi ini mewujudkan pelbagai peluang perniagaan yang membolehkan anda buat 'duit raya'.
Sehubungan itu, RichWorks akan melancarkan Klinik Usahawan: Bisnes Raya Bersama TikTok yang bakal berlangsung pada 11 Mac 2023, menerusi platform ZOOM, dari 8 pagi hingga 5 petang.