Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

Jemaah TITAN UMRAH RAMADHAN di antara 10 Malam Terakhir Pulang Ke Malaysia

image

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera alluser,

Selesai sudah Titan Umrah Ramadhan di antara 10 Malam Terakhir anjuran RichWorks. Disantuni oleh Andalusia Travel & Tours untuk menguruskan pakej umrah para jemaah.

image

Hampir 2 minggu para jemaah Titan Umrah Ramadhan berada di Tanah Suci. Ini adalah kenangan hari terakhir ahli Titan dan RichWorkians untuk umrah kali ini dari Mekah berangkat ke Prince Mohammed Bin Abdul Aziz International Airport di Madinah.

image

Pagi sebelum berangkat ke airport, para jemaah Titan dan RichWorkians telah sama-sama melakukan tawaf wada' iaitu tawaf 'selamat tinggal'. Perasaan bercampur-baur, sedih ingin meninggalkan kota paling indah.

image

Susah dan senang bersama di Tanah Suci selama 12 hari, namun mempunyai matlamat yang sama. Seronok rasanya dapat menunaikan ibadat umrah bersama rakan-rakan dan circle positif yang selalu mendorong satu sama lain ke arah kebaikan.

image

Insyaallah dengan izin-Nya, akan dijemput kembali menjadi tetamu Allah swt di Tanah Suci, tanah yang sama Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad saw pernah berdiri.

image

Alhamdulillah jemaah Titan Umrah Ramadhan telah selamat sampai di tanah air Malaysia pada 19 April yang lalu.

Kami doakan semua dibukakan pintu hati, rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk datang ke sini sebagai hamba-Nya. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua.

Ikhlas dari,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular