Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Want more email subscribers? Do this (it works)

Nick increase conversions 1000% with this strategy  ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ...

Sabil Di Tanah Suci Mekah Bersama RichWorks

image

12/4/2023 - 18/4/2023

Infaq Sabil Di Mekah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Memberi makanan kepada orang berpuasa adalah sunnah Nabi Muhammad saw. Dalam hidangan yang disediakan, terdapat pahala yang besar yang dikurniakan. Bukan sahaja pahala, dalam pada kita memberikan makan orang yang berbuka puasa, kita sesama umat Islam dapat berinteraksi, saling memberi dan menunjukkan rasa empati terhadap mereka yang memerlukan.

image

Syukur alhamdulillah sepanjang ahli Titanium dan RichWorkians berada di Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah pada bulan Ramadhan yang lalu, 1000 pax sabil (makanan) setiap hari diagihkan secara percuma kepada jemaah umrah musafir di sekitar Masjidil Haram. Sabil ini akan diteruskan sehingga hari terakhir kami berada di Tanah Suci Mekah.

image

Terima kasih kepada semua anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman, Board of Directors, pihak pengurusan, RichWorkians sendiri dan tidak lupa juga kepada anda yang bersedekah dan berinfaq semoga mendapat pahala yang berpajangan dan sentiasa dimurahkan rezeki lagi-lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan. Perkara ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya:

"Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur'an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Terima kasih lagi sekali atas peluang ini dan kami berdoa semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada kita semua.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
RichWorks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular