Assalamualaikum dan Selamat Petang alluser,
Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta anjuran RichWorks dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negara ini adalah salah satu usaha kementerian untuk membantu usahawan desa untuk naik taraf bisnes mereka.
Setiap aspek dalam perniagaan mereka yang akan pelajari. Bukan sekadar motivasi dan marketing sahaja. Pengurusan kewangan, kos dan sumber manusia juga turut dikongsi.
Hasil dari peluang yang diberi ini, Tuan Muhammad Azhar telah mencapai peningkatan yang luar biasa dalam masa 6 bulan sahaja sehingga beliau mampu tambah satu lagi lot kedai.
Peningkatan luar biasa Tuan Azhar ini selayaknya di beri tepukan
Komited untuk terus maju bersama bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan tenaga pengajar yang lain, PDTAG boleh berkembang lagi di pasaran.
Di RichWorks, Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan.