Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB

Para SUKMA: "Adik mahu mak hidup senang" - Firdaus Fariduddin; Bekas isteri, adik tiri mengaku tidak bersalah bunuh pemandu e-Hail...

Keteguhan Iman Seorang Masyitah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

image

Masitah Mohd Afandy, pengasas NM Aircond Sdn Bhd, menampilkan aura positif sewaktu menceritakan kisah beliau dalam video yang dikongsikan di akaun media sosialnya. Beliau kekal ceria dan mempunyai personaliti yang masih sama seperti sebelum terjadi kemalangan yang menimpanya walaupun mungkin ramai beranggapan beliau akan mengalah dan berputus asa.

Kejadian yang menimpa Masitah yang melibatkan kereta beliau dan lori 15 tan sewaktu beliau dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke kampung halamannya, di Johor, dua hari sebelum bulan Ramadhan. Kemalangan tersebut menyebabkan beliau kehilangan penglihatan dan juga patah tebu pada kaki hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. Masitah kini sedang menjalani sesi fisioterapi dengan harapan kakinya akan pulih.

Seorang wanita yang luar biasa, Masitah Mohd Afandy diibaratkan seperti Masyitah yang merupakan tukang rambut kepada anak Firaun pada zaman Nabi. Meskipun dilanda cabaran hebat, beliau tetap bangun dan berpegang teguh dengan pendirian yang ada.

Pada suatu hari, Masyitah sedang menyikat rambut puteri Firaun dan sikat yang digunakan terjatuh ke atas lantai. Dia menyebut "Bismillah"(Dengan nama Allah) dan hal ini disampaikan kepada Firaun oleh puterinya. Masyitah terus diperintahkan untuk menghadap Firaun.

image

Firaun bertanya kepada Masyitah sekiranya dia menyembah Tuhan selain dia dan beliau menjawab "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah". Firaun dengan penuh kemarahan, memerintahkan keluarga Masyitah dicampak ke dalam kuali tembaga besar yang diisi dengan air panas yang mendidih. Sebelum anak terakhirnya yang masih seorang bayi dicampak ke dalam tembaga besar itu, tertimbul rasa sedih yang menyebabkan Masyitah hampir mengalah.

Dengan izin Allah SWT, anak kecil itu berkata kepada ibunya, "Jangan takut ibuku, azab dunia lebih ringan dari azab akhirat. Katakanlah tuhanku dan tuhanmu adalah Allah". Masyitah dengan penuh keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT terus terjun ke dalam tembaga besar tersebut bersama anaknya.

Kita dapat lihat bagaimana kisah ini mempunyai jalan cerita yang seakan sama seperti pengasas NM Aircond Sdn Bhd yang menjalani cabaran yang hebat dalam menguji keimanannya terhadap Allah SWT.

image

Bagaimanapun, beliau bukanlah seseorang yang senang goyah terhadap liku-liku kehidupan yang ditunjukkan dari sikapnya yang teguh keimanan dan sentiasa berfikiran positif. Seperti yang selalu diperkatakan, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Masitah Mohd Afandy, selain menjadi inspirasi ramai, juga menjentik hati untuk meneguhkan keimanan kita.

Tidak menjadikan apa yang berlaku sebagai halangan, Masitah bersangka baik terhadap Tuhan dengan mengatakan "Allah bergurau dengan saya" kerana hanya yang bergurau dengan kita yang sayangkan kita. Ada antara kita memanggilnya sebagai ujian hidup yang mungkin tak ramai yang mampu untuk menghadapinya.

image

Dalam sesi The Titan Talk Show oleh RichWorks International, beliau diajukan soalan tentang bagaimana beliau kekal dalam keadaan dan mental yang positif dan beliau hanya memberi jawapan, "Kerana saya seorang Titan".

"Apabila menjadi seorang Titan, saya tiada masa untuk rasa sedih. Jadi sebagai Titan, kita kena buktikan kepada diri dan buat Mentor kita bangga dengan kita. Dan saya harap Datuk Wira dan Datuk Jerry bangga dengan saya."

image
image

Walaupun berada di hospital selama 24 hari, Masitah masih menjalankan bisnes beliau dengan mengawasinya melalui telefon pintar. Setelah mendapat peluang kedua dalam kehidupan, beliau menyatakan rasa lebih teruja untuk membina pasukan dan syarikatnya dengan menggunakan ilmu yang telah diajar oleh Mentornya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Beliau sendiri tidak sangka bahawa bisnesnya berjalan dengan lancar tanpa beliau perlu ada di pejabat. Banyak penambahbaikan yang berlaku dalam pasukan beliau dan jualan bisnes juga mempunyai kenaikan.

Masitah sekarang merupakan ahli Titan dalam salah satu program Mentorship di RichWorks International dan telah menjalani pelbagai program sebelum ini. Beliau bermula dengan program Millionaire Marketing Mystery (MMM) pada tahun 2014, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2015 dan menjalani setiap IMKK program yang dianjurkan kemudian bersama suami dan pasukannya. Pada tahun 2018, beliau telah mendaftar sebagai seorang ahli Titan. Masitah Mohd Afandy adalah inspirasi yang wajar dicontohi sekiranya kita melalui cabaran yang hebat.

Salam Inspirasi,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular