Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

PM Anwar umum peruntukan RM13 juta bantuan pascabanjir Kedah

Kelantan isytihar GISBH sesat jika ajaran menyamai Al-Arqam - Mufti; GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' diramp...

Mahu bina kepakaran, Akmal Tamili tak kisah jadi kuli di syarikat bapa sendiri

Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.

Hi alluser,

Bertemu kita lagi di edisi kesepuluh inSPIREd, e-magazine menghimpunkan kisah hebat usahawan daripada program pementoran Spire dalam usaha bagi meraih RM1 juta pertama.

Menampilkan Pengarah Urusan Anjang Global Sdn.Bhd., Akmal Tamili, beliau bermula dari bawah di syarikat tersebut biarpun mengambil alih perniagaan itu daripada bapanya sendiri.

Keadaan itu membuatkan Akmal membina kepakaran dan lebih faham dengan selok-belok perniagaan yang diwarisi.

Rajin menuntut ilmu, beliau gembira melihat perkembangan dalam syarikatnya setelah menyertai program pementoran Spire pada tahun 2021.

"Pada mulanya saya tak nak sertai sebab takut tak boleh komited mengikuti bimbingan selama 12 bulan yang mungkin akan merugikan diri dan bisnes saja.

"Namun, setelah enam bulan dibimbing, hasilnya sudah kelihatan daripada segi kepimpinan, komunikasi untuk meyakinkan pasukan dan juga orang lain.

"Apa yang sangat menggembirakan bila ayah saya cakap 'ok'. Itu saja sudah cukup menunjukkan bahawa dia menyokong tindakan saya untuk dibimbing kerana ayah jenis tak cakap banyak," ujar usahawan itu.

Kini berjaya meraih jualan jutaan ringgit, ketahui tindakan tepat yang dilakukannya dalam mengecap kejayaan yang tidak pernah dibayangkan menerusi inSPIREd kali ini.

image

Tak mahu terlepas info terkini daripada RichWorks?

Mahu jadi yang pertama dapatkannya?

Apa lagi, sertai saluran telegram RichWorks sekarang agar anda terus mendapat manfaat daripadanya.

Klik link di bawah untuk sertainya segera!

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244

Popular