Artikel berkaitan 6 risiko bisnes dan industri eksport yang bakal pulih.
Hai alluser, Kata orang, kalau nak jadi usahawan mestilah ada sifat berani dalam diri. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat yang kental dalam diri dan tidak mudah berputus asa kerana cabaran yang mendatang 'bukanlah biasa-biasa'. Sememangnya banyak risiko yang perlu dihadapi hingga tak lena tidur malam dibuatnya. Jika tak kuat, pasti akan mudah tersungkur! Oleh itu, mari kita kenal pasti 6 risiko perniagaan yang menjadi kerisauan kebanyakan usahawan termasuklah anda menerusi artikel yang dikongsikan ini. Selain itu, mari baca juga tentang eksport yang dijangka pulih pada tahun hadapan. Semoga bermanfaat! | |
6 risiko bisnes yang selalu meresahkan usahawan Ketakutan menghadapi risiko dalam perniagaan adalah satu isu penting yang sering dihadapi oleh usahawan dan pemilik perniagaan. Ia merujuk kepada perasaan takut atau ketidakpastian yang timbul apabila seseorang berdepan dengan kemungkinan kehilangan wang, sumber daya atau peluang dalam perniagaan mereka. Terdapat beberapa sebab utama yang menyebabkan ketakutan ini terjadi: | |
Eksport dijangka pulih menjelang tahun 2024 Menurut laporan Berita Harian, eksport dijangka pulih menjelang tahun hadapan memandangkan kitaran teknologi global mungkin mencecah paras rendahnya. Malah, tekanan inflasi yang reda di ekonomi utama membayangkan bahawa pengetatan dasar monetari dalam kalangan bank pusat utama pada 2024 berada di penghujung. AmBank Group dalam nota penyelidikannya menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.0 peratus pada 2023 dan 4.5 peratus pada 2024 berikutan penguncupan eksport yang dijangkakan untuk setahun penuh yang juga sebahagiannya boleh dijelaskan oleh kesan asas tinggi. | |
SELEPAS SHAH ALAM & MELAKA, 10X SME BINA BISNES BERJAYA KINI BAKAL KE JOHOR BAHRU! TEMPAT ADALAH TERHAD! | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244 | |