Salam sejahtera alluser,
Seorang usahawan perlu berani membuat keputusan jika ingin berjaya dalam perniagaan.
Keputusan itu perlu sangat jelas kerana inilah yang akan membantu mereka untuk terus mengharungi semua cabaran dalam dunia perniagaan.
Seseorang yang tidak jelas tentang matlamat bisnesnya masih boleh berjaya namun mungkin tidak dapat bertahan lama.
Makin besar matlamat, makin besar cabarannya. Tapi Insya-Allah, makin besar juga ganjaran yang akan diperolehnya nanti.
Nak berjaya dalam perniagaan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat secara main-main dan sambil lewa alluser. Hari ini nak buat, esok lusa dah malas.
Dari satu sudut lain, untuk mendapatkan kejayaan dalam sesuatu perniagaan boleh juga dikatakan mudah kerana definisi kejayaan itu sangat subjektif. Ia boleh ditinggikan dan direndahkan penanda arasnya.
Sebagai contoh, untuk seorang peniaga warung roti canai mendapatkan untung bersih RM2000 sebulan mungkin mudah.
Namun, jika matlamatnya diubah kepada RM10,000 dengan hanya satu buah gerai di lokasi yang sama, mungkin agak payah.
Yang sukarnya adalah untuk mengekalkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang sama dan kemudiannya mengembangkan perniagaan bila keuntungan bertambah banyak.
Bagaimana nak buat ni? Jika anda betul-betul inginkannya, anda pasti akan mencari jalan untuk menjadikannya matlamat anda sebuah realiti biarpun terpaksa melalui cabaran yang besar.
Oleh itu alluser, kami ingin menjemput anda ke 10X SME Bina Bisnes (10XSMEBBB) di Johor Bahru pada 25 & 26 November 2023.
Ini peluang anda untuk tambah ilmu serta mendapatkan solusi bagi mengembangkan bisnes anda. Jumpa di sana!
Mohon sekarang dengan klik butang di bawah.