Salam sejahtera alluser,
Dulu bila suruh buat marketing, banyak alasan yang diberi. Tak pandai menulis lah, tak mampu nak gajikan pereka grafik lah, tak ada masa dan macam-macam lagi. Namun kini setelah diperkenalkan teknologi AI, pelbagai manfaat untuk bisnes boleh diperoleh melaluinya.
Teknologi AI adalah teknologi yang membantu bisnes anda menghasilkan kandungan berkualiti tinggi secara automatik. Ia memberikan manfaat dalam menghasilkan penulisan, pemasaran, analisis data, kreativiti dan pengoptimum operasi bisnes.
Antara teknologi AI yang sering digunakan kini adalah ChatGPT, Bing AI, Google Bard, Midjourney, Pencipta Imej Bing dan banyak lagi. alluser selalu guna yang mana?
Dengan kemampuan untuk menghasilkan teks yang berstruktur dan relevan secara automatik, dapat mengurangkan masa dan sumber yang diperlukan untuk penulisan manual. Jadi, tak ada alasan lagi untuk tiada masa keluarkan penulisan yang baik.
Walau bagaimanapun, penyalahgunaan teknologi ini boleh mempunyai kesan yang buruk, terutamanya berkaitan dengan maklumat, privasi data dan kesan sosial yang tidak diingini.
Oleh itu, alluser perlu ambil langkah berhati-hati untuk pastikan bahawa teknologi AI digunakan dengan beretika dan mengikut peraturan yang relevan.
Dalam era digital yang pesat berkembang, bisnes yang memanfaatkan teknologi AI mempunyai kelebihan dalam meningkatkan produktiviti, menghadapi persaingan dan berinovasi dalam pelbagai aspek bisnes mereka.
Masih tak faham cara penggunaan teknologi AI dan kebaikan dalam menggunakannya? Hadir ke 10X SME Bina Bisnes Berjaya (10XSMEBBB) di KSL Resort Johor Bahru City Centre pada 25 dan 26 November 2023 untuk lebih faham tentang ilmu teknologi AI dan dapatkan solusi kepada masalah bisnes anda.
Mohon sekarang dengan klik butang di bawah.