Salah satu aspek penting dalam membina bisnes yang berjaya.
Salam sejahtera alluser, Asal bisnes je, mesti nak kaitkan dengan branding. Penting sangat ke bina branding ni? Mestilah penting, bila ada brand yang kuat boleh bantu tingkatkan kepercayaan pelanggan dan daya saing bisnes anda. Orang akan lebih ingat kepada branding yang meyakinkan. alluser percaya tak, ramai usahawan terlupa soal pemilihan logo? Asal ada je dah cukup. Sedangkan logo yang menarik dan mudah dikenali mencerminkan identiti brand anda. Selain logo, aspek lain brand anda juga perlu konsisten termasuk warna, gaya penulisan dan reka bentuk laman web untuk bantu memperkuatkan lagi branding. Bila segala aspek dah konsisten, kualiti produk atau servis perlulah berkualiti kerana brand yang kuat perlu disokong oleh produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi. Dalam masa sama, jangan ambil mudah soal review pelanggan! Ia boleh menaikkan atau menjatuhkan nama baik branding anda. Jika anda dapatkan review pelanggan dan gunakannya sebaiknya, pasti dapat beri keyakinan kepada pelanggan sedia ada mahupun yang baru. Macam kita nak beli barang dari brand lain atau pergi ke sesebuah kedai makan baru, pasti kita nak baca atau tengok review daripada orang lain dulu untuk dapatkan certainty. Betul ke betul? Selain itu, jika mampu tak salah bekerjasama dengan orang yang terkenal untuk memperluaskan brand anda. Membina branding adalah usaha berterusan dan memerlukan kesabaran. Jika hari ini jenama anda popular, esok belum tentu. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu usahawan perlu ada ilmu bisnes yang sentiasa update dari semasa ke semasa. Salah satu cara nak upgrade ilmu bisnes sudah tentu dengan hadir ke 10X SME Bina Bisnes Berjaya di Johor Bahru pada 25 & 26 November 2023. Sebelum tu, jangan lupa untuk join sesi Live Voice Chat: 10XSMEBBB - Apa beza anda dengan pesaing? hari AHAD 15 Oktober 2023 di Telegram Azizan Osman. | |
Salam kejayaan, RichWorks International | |
HANYA UNTUK USAHAWAN, PEMILIK & PENGUSAHA PERNIAGAAN ATAU FOUNDER SAHAJA. TEMPAT ADALAH TERHAD! | |
Penafian: Email ini dihantar kepada database kami, sekiranya tak mahu menerima sebarang hebahan aktiviti keusahawanan, klik butang unsubscribe. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244 | |