Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.
Hi alluser, The Titan Bilangan 59 kali ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zai Sri Gemilang Sdn.Bhd., Norhafizah Abd Karim. Mengusahakan perniagaan restoran dan katering, beliau yang mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan ini sebenarnya tidak berminat untuk menguruskan kafe yang dimilikinya ibunya suatu masa dahulu. "Saya turutkan saja permintaannya walaupun rasa sungguh berat hati pada waktu itu. "Sebenarnya, masa kerja dulu pendapatan yang diperoleh setiap bulan memang tidak cukup untuk menampung kehidupan saya hinggakan nak isi minyak kereta pun terpaksa minta duit dengan emak. "Dia tengok kehidupan saya macam tak stabil je dan kerana itulah emak meminta saya untuk membantu menguruskan perniagaannya," jelasnya. Itu kisahnya beberapa tahun yang lalu. Kini, Norhafizah berjaya membuatkan jenama Zai Sri Gemilang terus berkembang dan menjadi pilihan ramai termasuklah golongan selebriti seperti Fattah Amin dan Fazura. Terus mencipta kejayaan yang besar bersama program pementoran Titanium, ketahui kisah menarik mengenai beliau menerusi e-magazine, The Titan yang kami bawakan pada minggu ini. Moga kisahnya dapat menjadi inspirasi buat anda yang sentiasa dahagakan kejayaan dalam dunia perniagaan yang diceburi! | |
Anda mahu jadi usahawan jutawan? Nak capai jualan hingga RM1 juta, RM10 juta mahupun RM100 juta setahun? Sertai Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya tanpa sebarang bayaran! | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244 | |