Undi18: Pemerkasaan demokrasi bermula dengan anak muda
|
Sekiranya kad ATM/debit anda yang sedia ada rosak atau telah ditamatkan, anda seharusnya membuat permohonan penggantian kad debit baru untuk memudahkan urusan transaksi harian anda.Bagaimana cara untuk tukar kad debit secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU KAD DEBIT
Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda. Kad debit menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran. Kad debit tidak dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.
CARA TUKAR KAD BANK MAYBANK ONLINE
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank Maybank secara online:
- Layari pautan Maybank2U: www.maybank2u.com.my
- Log Masuk akaun anda.
- Klik pada Card Management
- Klik pada ATM/DEBIT CARD.
- Pilih Kad Debit yang betul dan klik Replace Card
- Isikan maklumat yang diperlukan pada borang Card Replacement. Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.
- Klik setuju pada Terma & Syarat
- Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut
- Seterusnya ikut arahan selanjutnya sehingga selesai.
- Kad Debit baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja.
Terkini,boleh tukar kad di KIOSK MAYBANK (Tak perlu beratur panjang)
CARA TUKAR KAD CIMB BANK ONLINE
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank CIMB bank secara online:
- Layari pautan Cimb Clicks: https://www.cimbclicks.com.my/
- Log masuk akaun anda
- Sekiranya keluar paparan ‘your debit card needs to be replace by following card for continues smooth usage. Please clik here for delivery at no cost’
- Klik pada Yes, I Want To replace My Debit Card Now
- Isi alamat untuk card debit cimb yang baru di pos ke rumah anda
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut
- Tunggu kad sampai ke rumah anda.
CARA TUKAR KAD BANK RAKYAT ONLINE
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank Rakyat secara online:
- Layari pautan i-Rakyat: http://www.irakyat.com.my/
- Log masuk akaun anda
- Klik pada Card Replacement
- Lengkapkan butiran anda
- Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.
- Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut
- Selesai, anda hanya tunggu proses penghantaran kad anda.
CARA TUKAR KAD HONG LEONG BANK ONLINE
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Hong Leong Bank secara online:
- Layari pautan HLB Connet: http://www.irakyat.com.my/
- Log masuk akaun anda
- Pergi ke ‘Other Services
- Klik pada ‘Request Card Replacement
- Pilih pada no kad debit anda
- klik ‘ Replace’ dan masukkan TAC
- Ikuti arahan untuk menyelesaikan langkah penukaran kad debit baru anda
CARA TUKAR KAD PUBLIC BANK ONLINE
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Public Bank secara online:
- Layari pautan PBe Bank: www.pbebank.com
- Log masuk akaun anda
- Pilih pada Card Management
- Di bahagian Card Management, pilih kad yang perlu diganti dan pilih untuk membuat permohonan semula kad ATM.
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai
CARA TUKAR KAD AFFIN BANK ONLINE
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Affin Bank secara online:
- Layari pautan Affin online: https://rib.affinonline.com/retail/
- Log masuk akaun anda
- Pilih “e-perkhidmatan” Kemudian pilih “Perkhidmatan Kad ATM”
- klik “Minta ATM / Kad Debit” Mengesahkan permintaan dengan OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai
SOALAN LAZIM
Adakah akan mendapat kad bank baru secara automatik semasa kad anda habis?
Semua kad debit akan mempunyai tarikh luput padanya. Biasanya tarikh akan ditulis dengan bulan dan tarikh seperti 03/21. … Biasanya bank akan menghantar peringatan secara automatik sebelum kad debit anda tamat. Bank yang berlainan akan mempunyai garis masa yang berlainan ketika mereka biasanya menghantar kad baru
Adakah kad debit pengganti akan mempunyai nombor PIN yang sama?
PIN untuk kad debit gantian anda akan sama dengan yang lama, melainkan anda meminta yang baru semasa anda melaporkan yang lama hilang atau dicuri. Sekiranya anda melakukannya, ia akan dihantar dalam pos secara berasingan ke kad. Sekiranya anda terlupa PIN, lihat cara mendapatkan peringatan segera.
Apa yang berlaku pada kad lama apabila kad baru diaktifkan?
Dengan penambahan teknologi cip, mengaktifkan kad baru sememangnya akan mematikan kad lama. Walaupun nombor kad tetap sama tarikh luput dan nombor cvv (kod keselamatan 3 digit di belakang) akan selalu berbeza pada setiap kad.
kalau bank islam pula ada ke cara tukar kad bank secara online
Kad Tamat Tempoh: Kad hanya sah sehingga Tarikh Tempoh Sah. Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa selepas tamat tempoh kad, ia dimusnahkan,
dengan dipotong dua atau dikembalikan kepada Bank untuk penggantian Kad. Yuran pengeluaran kad akan dikenakan untuk pengeluaran Kad baru tertakluk kepada peruntukan klausa 16. Yuran tahunan tidak akan dikenakan kepada Ahli Kad pada tahun yang sama Kad dikeluarkan. (TERMA & SYARAT KAD DEBIT i BANK ISLAM, 2019)
Saya juga ingin mengajukan soalan yang sama
Bank muamalat ada online ke buat kad yg dh exp..
Untuk CIMB tu sy log in takda keluar ‘paparan’ yang dimaksudkan , dkt mana ye nak cari. sy cuba godek2 takda jumpa. Kena p tukar debit card dkt kaunter jgk ke maksudnye ni hehe
Saya nak tukar kad bank islam kena ke kaunter juga. Dah la beratur panjang dimusim pandemik ni. Bank islam tak ada sistem tular kad online macam bank2 yg lain.
bank islam kena update sistem online banking..susah betul musim² begini..kena efisen la..nak buat pengeluaran pun susah bila kad tamat tempoh..mcm saya..kena transfer ke akaun lain..nie kita dah di tahun 2021..nak beratur lg cara dulu..sistem kena ubah..masa pun berubah..sekian
kad am bank bagaimana cara hendak tukar melalui online jika kad sudah rosak
saya nk mohon jad atm baharu..sebab kad atm saya kena telan mesin atm
CIMB & BIMB sama jee.. tak ada pun link atau menu untuk tukar kad ATM yang dah expired secara online. Nampaknya kena pergi ke kaunter juga. Boleh tak semua bank duduk semeja, bincang macamana nak permudahkan keluar duit daripada mesin ATM secara cardless (tanpa kad). Bukan untuk mesin ATM Maybank dan pengguna Maybank sahaja, tapi semua orang boleh guna sama macam keluar duit dekat mesin MEPS, cuma biar boleh cara cardless.
Assalamualaikum, boleh ke renew kad sebelum tarikh tamat tempoh? Atau perlu tunggu selepas tarikh tamat tempoh baru boleh renew 😅
Xde cara ke nak kuarkan duit kalau kad bank expired bank islam
kena pergi kaunter juga ye? ke boleh buat melalui online?
Kalau pegi kaunter boleh guna & dapat dgn segera kan