Artikel terbaru kisah inspirasi pengasas Addar Beauty atasi cabaran habiskan produk dan nilai keberkesanan pusat panggilan.
Hi alluser, Masih berfikir bagaimana nak tambah dana memulihkan perniagaan yang terjejas dek kerana PKP? Baru-baru ini, Commerze Capital Sdn. Bhd. (Commerze Capital) menyediakan peruntukan sehingga RM100 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kembali aktif dalam perniagaan masing-masing. Dana yang disediakan dibawah Kempen Bangkit SME yang baru bermula 1 April lalu telah menyediakan dua kemudahan kewangan seperti pembiayaan invois dan khidmat nasihat kewangan. Kempen yang berlangsung selama tiga bulan itu adalah satu inisiatif Commerze Capital membantu PKS memulih dan melancarkan aliran tunai perniagaan serta mengembangkan perniagaan mereka secara mampan. Kempen ini direka khusus untuk pembekal, vendor dan kontraktor kepada kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Sementara itu, kami kongsikan kisah inspirasi pengasas Addar Global Sdn Bhd, Norhaslinda Rosli yang dahulunya berdepan jualan stuck. Bagaimana Puan Norhaslinda pecah tembok ini dan buat jualan sehingga 40,000 unit sebulan? Selain itu, 3 cara menilai keberkesanan pusat panggilan. Semoga bermanfaat. | |
Addar Beauty: Dulu Stok 1,000 Unit Ambil Masa 2 Tahun, Kini 40,000 Unit Sebulan Sehari satu parcel sahaja yang dihantar kepada pelanggan. Pasti situasi yang amat membimbangkan buat sesiapa sahaja bangsa usahawan apabila produk yang dijual kurang mendapat sambutan. Beliau akhirnya terpaksa mencongak baki wang yang tinggal untuk meneruskan kehidupan dan bertahan dalam satu tempoh sekiranya barang dijual masih tiada sambutan. | |
3 Cara Menilai Keberkesanan Pusat Panggilan Bukan orang yang berada di barisan hadapan sahaja penting, tetapi yang dibelakang tabir juga. Contohnya, kaki tangan yang mengendalikan pusat panggilan yang turut dikenali dengan back-of-house (BOH). Team ini perlu dianggotai oleh kakitangan yang cekap dan berkemahiran tinggi bagi memastikan pusat panggilan berkesan, produktif dan konsisten. | |
Dapatkan Solusi Bisnes & Pemasaran Digital secara percuma, panduan & strategi yang proven diguna pakai bangsa usahawan ketika krisis dan cabaran dihadapi pada waktu ini. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |