Bagi anda yang dalam perjalanan pulang ke kampung dan kepada keluarga tersayang, saya doakan perjalanan anda selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Dan untuk anda yang sedang bercuti sempena musim Raya ini, salam berehat bersama keluarga. Sama-sama kita guna peluang ini untuk menziarahi jiran dan keluarga kita. Semoga perhubungan dan persahabatan kita kekal di hati.
Raya kali ini sangat istimewa, setelah 2 tahun, perasaan semua 'tak sabar nak Raya nak lepaskan rasa rindu dan sayang …
Saya juga teruja nak beraya dengan keluarga tercinta, sahabat dan anda semua …anak didik saya yang dikasihi. Seikhlas hati saya mengambil peluang ini, menyusun jari memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan diri, kesalahan perbuatan dan kata. Semoga semuanya dapat dimaafi di hari mulia ini.
Saya juga nak kongsikan dendangan video lagu Raya ini khas dari saya untuk anda semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Salam sayang,
Datuk Wira Dr Azizan Osman