Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.
Hi alluser, Berjumpa kita pada keluaran The Titan Bilangan 25 yang menampilkan pengasas produk kecantikan Noufa Skin, Nur Izzaty Salimun. Kesempatan membantu ayah menjual jagung di pasar malam selepas tamat Sijil pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan cintanya terhadap dunia perniagaan semakin bercambah. Pengalaman tersebut banyak mengajarnya tentang erti kehidupan dan membuatkannya terfikir sampai bila hendak meneruskan kehidupan sebegitu apabila secara puratanya hanya membawa pulang keuntungan RM15 sahaja setiap hari. Mahu keluar dari kesempitan hidup, beliau terus gigih berbisnes di universiti. Kini beliau mempunyai rangkaian produk kecantikan sendiri dan teruja apabila para pelanggan mengakui keberkesanan produknya dalam menyelesaikan masalah kulit yang dialami. Ketahui tindakan hebat yang dilakukannya hingga berjaya melakar kejayaan hebat di usia muda! The Titan e-magazine mengandungi kisah inspirasi ahli Titanium (Titan) di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama RichWorks. Setiap daripada mereka ini juga seperti anda satu masa dulu, ada yang hanya seorang suri rumah, kakitangan awam & swasta, guru, graduan, pelajar, ejen, dropship dan lain-lain lagi. Di samping itu, artikel berkaitan industri juga akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Moga ia dapat sedikit sebanyak memberikan anda inspirasi, panduan dan idea dalam membina bisnes. | |
Dapatkan tawaran istimewa bagi pendaftaran awal ke 10X Bina Bisnes Berjaya pada Oktober ini. Panduan & strategi yang berkesan untuk diguna pakai usahawan ketika krisis dan cabaran dihadapi pada waktu ini. Klik banner di bawah ini.
| |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |