Tak semua orang berani nak bercakap di khalayak, ada bangsa usahawan takut nak bercakap dengan pekerja dan pelanggan mereka.
Salam alluser, Saya tahu, ada bangsa usahawan yang memilih untuk berada di 'belakang tabir' dengan alasan tak nak tonjolkan diri. Bayangkan pengasas produk tapi hanya nak duduk belakang tabir, macam mana nak align dengan staf, ejen, stokis dan orang sekeliling. Sifat malu memang perlu dan malu itu sebahagian daripada iman, tapi biarlah bertempat. Ramai orang pandang remeh tentang berkomunikasi dengan baik. Biasa saya dengar alasan sesetengah usahawan ini, "I malulah, I orang yang tak suka menonjol yang penting kerja jalan, orang tak kenal I pun tak apa." Jika anda pengasas perniagaan, kalau anda tak sampaikan perkara yang mustahak seperti target, visi, misi syarikat, bagaimana anak buah nak tahu dan bersama anda untuk capai semua itu? Sebab itu pentingnya bina keyakinan dengan adanya ilmu untuk berkomunikasi dengan baik, sekali gus bina bisnes berjaya. Hujung bulan ini juga, saya & RichWorks akan TAJA anda TIKET untuk sertai bersama bangsa usahawan pada 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) hujung bulan ini. Saya akan kongsikan lebih mendalam bagaimana anda dapat berdepan dengan cabaran dan isu dihadapi ketika ini malah bagi 2023. Ini merupakan sesi terakhir saya dalam program sebegini. Selepas ini, saya akan tumpukan kepada mentoring usahawan-usahawan pada tahap expansion di samping penglibatan dalam dunia korporat. Bagaimanapun RichWorks akan sentiasa berada bersama anda, dalam menyokong perjalanan bisnes masing-masing, insyaAllah. | |
Salam Kejayaan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |