Ketahui tip hadapi cabaran ekonomi dan TikTok untuk pemasaran. Moga bermanfaat.
Hai alluser, Nak tanya, apakah persiapan anda untuk pastikan bisnes mampu survive dan terus beroperasi sepanjang tahun depan? Berhenti sebentar dan cuba fikir dan tulis apa yang sudah anda persiapkan, ada atau tidak? Usahawan tidak boleh terlalu 'selesa' dan statik, tanpa ada pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sebagai usahawan, teknologi di sekeliling sentiasa berkembang dan kita tidak boleh ketinggalan untuk adaptasi dan upgrade bagi beroleh kelebihan berbanding pesaing. Dulu kalau lihat pelanggan dan peniaga bermula dengan marketplace dan e-dagang untuk berjual beli, namun terkini yang sedang 'hangat' adalah TikTok Shop. Jom kita baca artikel 3 tip hadapi cabaran bisnes yang ditulis Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Dah selesai baca artikel pertama, lihat juga artikel tentang cara guna TikTok untuk promosi perniagaan. Jangan lepaskan medium yang boleh jadi 'lubuk duit'. Kalau TikTok sedang hangat ketika ini. Jangan abaikan. Semoga bermanfaat. | |
3 Tip Hadapi Cabaran Ekonomi SUKA atau tidak, sebagai usahawan anda tidak boleh lari daripada cabaran bisnes dan ekonomi. Tanpa cabaran atau rintangan, boleh saya katakan bukan usahawan namanya. Cabaran akan buatkan usahawan itu lebih kuat dalam proses dan perjalanan mereka membina bisnes yang berjaya. | |
4 Cara Guna TikTok Untuk Promosi Perniagaan Wujud sejak 2018, hari ini TikTok platform media sosial yang sedang rancak dan semakin popular. Selain Facebook, Twitter dan Instagram, TikTok turut menjadi medium pelbagai informasi dan maklumat yang diperoleh dengan hanya dihujung jari sahaja. Aplikasi TikTok menjadi kegilaan Gen Z. Video yang terkandung dalam aplikasi ini mengandungi unsur pelajaran, pengetahuan, hiburan, masakan, seni dan sebagainya. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |