Salam sejahtera alluser,
Masih ramai usahawan yang tertanya-tanya, kenapa mereka perlu hadir ke 10X SME Bina Bisnes Berjaya (10XSMEBBB) di KSL Resort Johor Bahru City Centre pada 25 dan 26 November 2023.
10XSMEBBB membuka peluang anda belajar tentang strategi marketing dengan betul untuk sustain atau grow bisnes ke tahap yang lebih tinggi.
Kenapa pula nak kena belajar tentang marketing? Kalau tak buat tak boleh ke? Bisnes tak boleh nak beroperasi macam biasa?
alluser, strategi marketing yang tepat adalah kunci kejayaan dalam bisnes anda. Tanpa strategi yang baik, bisnes mungkin hadapi cabaran besar untuk tarik pelanggan, membangunkan jenama dan meningkatkan jualan.
Usahawan tak akan mampu nak perkenalkan jenama kalau duduk diam saja. Bisnes dah capai RM1 juta pun tak akan mampu sustain tanpa strategi marketing yang betul.
Strategi marketing yang baik akan membantu anda mengenal pasti dengan tepat siapa pasaran sasaran yang bakal menjadi pelanggan anda.
Ia juga membantu dalam menyampaikan mesej yang sesuai kepada pelanggan dengan menekankan manfaat produk atau perkhidmatan anda. Selain itu, strategi marketing yang baik juga membantu membangunkan hubungan dengan pelanggan yang setia.
Ini adalah penting alluser kerana pelanggan yang gembira berpotensi untuk membeli lagi daripada anda dan memberi sokongan jangka panjang kepada bisnes anda.
Jadi, jika nak bina bisnes yang berjaya, penting untuk hasilkan strategi marketing yang tepat melibatkan pemahaman tentang pasaran, pelanggan dan produk atau perkhidmatan anda.
Dengan rancangan yang baik, bisnes anda akan mampu untuk berjaya dalam pasaran yang kompetitif.
Bukan itu saja, banyak lagi yang alluser akan dapat di 10XSMEBBB nanti. Jika anda adalah seorang usahawan yang nak bina bisnes berjaya, tak ada alasan untuk anda tidak hadir. Jumpa anda di sana!
Mohon untuk hadir dengan klik butang di bawah.