Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

Alluser, Tahu Tak Sebenarnya Ada Checklist Marketing ? Haa ? Tak Tahu ? Jom Baca...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Alluser,

Apa khabar? Sihat ke sihat?

Alluser tau ke tak sebenarnya dalam bisnes, ada checklist marketing. Checklist ni saya dah pakai sejak saya mula -mula buat bisnes lagi. Checklist ni saya takkan tinggal sebab checklist berkesan. Nak tahu ke tak apa checklist nya ?


10 Checklist Marketing Tarik Pelanggan Online 

  1. Setup Facebook Page

Ok, soalan ni selalu saya terima setiap kali saya berjumpa dengan ramai usahawan tak kira yang bertahun berniaga ataupun yang baru jer berniaga. Nak guna Facebook Page ke Facebook Profile? Dengar cakap saya ni! Jika anda serius dgn bisnes anda, anda perlu pilih Facebook Page.


2. Hasilkan content


Part ini penting, Content yang bagus akan menarik pelanggan yang betul dan bina TRUST pada brand kita dengan cepat. Apa Content yang perlu kita kongsikan dalam Facebook Page? Content adalah perkongsian yang kita kongsi untuk beri nilai tambah pada Fans yang

follow kita. Bentuk content seperti cerita pengalaman pelanggan yang pernah berurusan dengan kita, result yang , perkongsian apa yang bisnes kita boleh bantu bakal pelanggan

dan juga tips berkaitan bisnes kita.


3. Copywriting


Untuk menulis content, kita perlu faham bagaimana untuk sampai mesej pada pelanggan kita. Di sini perlunya kita faham ilmu Copywriting, iaitu cara kita nak sampaikan mesej info kepada pelanggan dengan gaya mempengaruhi mereka. Kita perlu sampaikan melalui Copywriting yang gaya bahasanya mudah, senang faham, ada emosi, ada penekanan, mesej jelas dan buatkan pelanggan tak terasa pun yang kita sedang menjual pada mereka. Tapi kita sedang pengaruhi mereka.


4. Tarik fans


Anda perlu kenal SIAPA pelanggan anda dengan tepat dan perlu konsisten tambah setiap masa dan tak boleh berhenti tarik pelanggan selagi bisnes kita masih wujud. Tapi kita kena ingat! Tak semua orang adalah pelanggan kita. Bukan semua orang dalam muka bumi ni adalah fokus pelanggan yang kita nak. Fokus pada satu kelompok sahaja, fokus pada satu solusi yang kita bantu, dan buat gila-gila sampai semua orang tahu bisnes kita ni expert bab selesaikan masalah apa.


5. Bina engagement


JANGAN biarkan page kita sunyi, engagement dengan FANS kita. SPEED sangat penting sebab lagi pantas kita respon atau reply PM & komen mereka, lagi tinggi engagement page kita. Respons komen post dan Inbox Facebook setiap masa dan waktu. Kita takkan tahu yang mana satu pelanggan paling berkualiti akan PM kita..


6. Beri value

 

Berterusan bagi value pada Fans kita, bagi manfaat buat Fans ingat pada brand kita. Share content yang bermanfaat, share ayat-ayat positif yang bina mood positif, educate pelanggan kita supaya mereka tahu yang bisnes kita ni sangat ambil berat mereka. Semakin orang kenal bisnes kita ni sangat mengambil berat mereka, semakin dekat

pelanggan akan hampiri bisnes kita.


7. Bina kepercayaan dengan pelanggan


Ulang step 1 - 6. Buat langkah 1-6 berulang kali secara konsisten sehingga pelanggan tahu siapa bisnes kita dan apa yang kita bantu.


8. Sales


Jualan berlaku apabila step-step di atas kita follow dengan betul, untuk bina TRUST kita perlu ulang step ini secara konsisten. Nampakkan brand kita secara konsisten. HASILNYA, dengan mudah kita boleh tukar Fans yang follow kita kepada pelanggan yang

beli dari kita dan jadikan mereka pelanggan setia yang sentiasa beli berkali-kali.


9. Kumpul Database


Jika berlaku jualan, rekod info-info penting dan simpan dalam satu tempat samada dalam bentuk excel file, supaya bisnes kita ada data yang boleh diproses untuk tujuan penambahbaikkan kempen marketing akan datang. Bagi setiap rekod individu yang tidak membeli, kita boleh senaraikan untuk simpanan supaya akan datang kita boleh buat analisis kenapa mereka tidak membeli dan rekod ini

digunakan untuk perbaiki cara kita buat closing sales.


10. Follow up 


Antara cara nak pastikan sales sentiasa masuk walaupun tidak ada pelanggan baru adalah melalui cara buat 'Follow Up‛ kepada semua senarai database yang kita dah kumpul tadi. Untuk senarai database yang pernah beli dari bisnes kita, anda boleh buat tawaran

'sempena‛ kepada mereka dan tawarkan produk lebih premium atau pakej yang lebih mahal. Bagi senarai database yang masih belum membeli, kita boleh tawarkan promosi 'sempena‛ yang menawarkan produk yang lebih murah supaya mereka tetap juga membeli walaupun barang yang paling murah. Sekurang-kurang masih ada sales walaupun kecil.


Haa dapat ke dapat ni ? Alluser dah buat ker checklist ni ? Kalau belum, buat sekarang.

Haa sambil-sambil Alluser buat checklist tu, saya nak ajak Alluser ke sesi pelancaran RPM: Bisnes Comeback pada 20 Januari 2022. Haa saya tahu yang Alluser masih lagi terkesan dengan pandemik ni dan dah rasa give up nak buat bisnes.


Haa jadi saya nak ajak Alluser untuk ke sesi pelancaran sebab sesi kali ini ada something special yang kat tempat lain tak dapat, hanya dapat di Momentum Internet.


Tekan "Saya Nak !" untuk daftar tau !

Daftar cepat !


Najib Asaddok

Online Rocket Marketing

ORM Master Trainer

CEO Momentum Internet Sdn Bhd

100 Most Influential Young Entrepreneur 2017

Nona Superwoman Best Social Media Trainer 2018

Popular