Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

Jual Batang Buruk & Pekasam Je, 2021 Jualan Lebih 1 Juta. Apa Perkara Betul Dilakukan 2 Usahawan Wanita Ini

Artikel terbaru kisah inspirasi bekas pegwai kerajaan yang jual kuih batang buruk dan kerani sekolah bersama pekasam. Semoga bermanfaat.
image

Hi alluser,

Masuk minggu kedua tahun baru ini, sudahkah anda mula pecutan dalam bisnes ketika ini?

Alah, baru awal tahun... Banyak lagi masa untuk bertindakkan...

Itulah antara kata-kata orang yang sebenarnya gagal dalam leadership, menyebabkan bisnes mereka lambat berkembang malah mungkin stuck pada tahap sama saja dan lebih teruk makin jatuh.

MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman ada memperingatkan anak-anak didiknya untuk reset dan mula pelan serta komited untuk capai matlamat 2022 ini.

Jika anda boleh lakukan sekarang, kenapa nak bertangguh? Jika anda boleh capai dengan lebih cepat kenapa nak lambat?

Tepuk dada, tanya selera anda! Bisnes anda, anda sendiri perlu drive bersama-sama team agar dapat berkembang dengan cepat atau tidak.

Pagi ini juga kami kongsikan artikel terbaru mengenai kisah inspirasi seorang bekas pegawai kerajaan, Puan Nor Hedayah Kaulan yang hanya menjual kuih batang buruk namun berjaya bina empayar bisnesnya.

Selain itu, artikel kedua mengenai bekas kerani sekolah, Puan Balkis Mohd Soib yang bermula untuk bantu suaminya melalui pekasam dagingnya dan kini dapat bantu ribuan orang lain. Semoga bermanfaat.

image

Hedys : Bekas Pegawai Kerajaan, Jual Kuih Batang Buruk Sampai Jana RM3.9 Juta

Siapa kata jual kuih 'raya', tak boleh berjaya hingga capai jualan jutaan ringgit setahun?

Pengasas Syarikat Hedys International Sdn. Bhd., Nor Hedayah Kaulan membuktikan sebaliknya apabila berjaya membina empayar kuih batang buruk malah daripada stigma ia hanya dimakan ketika raya kepada kudapan harian.

Jelas bekas pegawai kerajaan itu lagi, beliau sama saja seperti orang lain malah tidak ada pun darah usahawan yang mana bapanya seorang buruh dan ibu seorang suri rumah.

image

Hakak Maneh : Wow Pekasam RM10 Sepeket, Untung Cecah RM2.8 Juta

Bermula dengan 50 pek pekasam setiap hari, kini Hakak Maneh memiliki kilang sendiri di Perak dan mengeluarkan kira-kira 5,000 hingga 6,000 pek pekasam setiap hari.

Jika dahulu hanya dia dan suami yang mengusahakan bisnes itu, kini beliau mempunyai 20 orang pekerja untuk membantu kata pengasas Putra Afiq Global Sdn. Bhd., Balkis Mohd Soib.

"Produk kami semakin mendapat tempat dalam pasaran dan menerima permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat, khususnya golongan suri rumah. Saya juga dapat membantu ramai orang apabila melantik kira-kira 2,500 ejen," katanya.

Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular