Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

PM Anwar umum peruntukan RM13 juta bantuan pascabanjir Kedah

Kelantan isytihar GISBH sesat jika ajaran menyamai Al-Arqam - Mufti; GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' diramp...

Apa Ada Pada Papan Kenyataan? 5 Kebaikan Pemasaran Guna Papan Kenyataan

Artikel terbaru berkaitan kebaikan pemasaran menggunakan papan kenyataan sebagai alat komunikasi serta memasarkan perkhidmatan anda dan kele
image

Hi alluser,

Selamat pagi Selasa semua. Semoga hari ini kita terus ceria dan bersemangat melakukan tugasan dan amanah yang diberikan kepada kita.

Buat pengetahuan anda, Kerajaan telah menambah sebanyak RM500 juta lagi dana pembiayaan mikro kredit untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada 17 Mac 2021.

Ia merupakan langkah yang tepat dan wajar bagi membolehkan lebih ramai peniaga menerima manfaat kemudahan itu. RM500 juta itu bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp.

Bagi bangsa usahawan yang mahu bangkit dan mengembangkan perniagaan, jangan berlengah merebut kemudahan yang ditawarkan ini.

Dalam pada itu, sambil anda menikmati secangkir kopi, jom luangkan sedikit masa membaca dua artikel terbaru ini.

Pagi ini kami kongsikan artikel tentang 5 kebaikan pemasaran guna papan kenyataan di kawasan perumahan anda.

Selain itu, artikel kedua mengenai 5 kelebihan jadi penulis bebas. Semoga bermanfaat.

image

Papan Kenyataan Di Kawasan Perumahan Anda. 5 Kebaikan Papan Kenyataan

Nampak macam kecil, tapi fungsinya besar. Jika anda lihat di kedai serbaguna 7-Eleven dulunya, terdapat papan kenyataan.

Papan kenyataan ini selalunya digunakan untuk mengiklankan rumah untuk disewa, bilik untuk disewa, kucing hilang, dan macam-macam lagi.

Idea untuk iklankan di papan kenyataan 7-Eleven ini juga boleh anda gunakan di papan kenyataan di mana-mana kedai lain atau yang selalu ada di kawasan kediaman kondominium, apartment, flat malahan boleh juga di gunakan di papan kenyataan di masjid, sekolah dan kawasan umum yang lain.

image

Anda Gemarkan kebebasan? 5 Kelebihan Jadi Penulis Bebas!

Saya mahu bebas! Tetapi pada masa anda juga memerlukan pendapatan. Jika anda tidak mempunyai komitmen sekali pun, jika ada wang sendiri pasti lagi seronok!

Boleh beli pakaian yang anda suka dan melancong ke destinasi yang anda gemari selain boleh melakukan amal kebajikan seperti bersedekah.

Ini juga merupakan bisnes yang boleh dilakukan bagi menjana pendapatan sama ada secara sampingan ataupun sepenuh masa.

Sebut mengenai penulis, mesti ada yang fikir, aku bukan wartawan atau novalis yang ada bakat nak menulis.

Tak kenal maka tak cinta, apa itu penulis bebas atau freelance writer? Adakah anda boleh menulis sesuka hati?

Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular