Artikel terbaru berkaitan kisah inspirasi pengasas pakaian muslimah Dmimi yang berjaya menyelamatkan perniagaan yang dibina lebih 13 dengan
Hi alluser, Selamat pagi. Sudah lihat balik perkembangan anda pada hari terakhir Januari 2022? Januari berlalu pergi, esok Februari menemui kita. Semoga kehadiran Februari datang bersama penambahbaikan yang perlu dibuat lagi. Dalam kesibukan seharian, jangan lupa untuk tambah ilmu baru. Ilmu perniagan juga mesti up to date! Sebelum anda memulakan aktiviti hari ini, jom luangkan masa membaca artikel yang kami sediakan. Pagi ini kami kongsikan artikel terbaru mengenai kisah inspirasi pasangan suami isteri, Shaharil Shafie dan Nor Izha Mohamad Shah yang bangkit dengan ilmu membina dan mengukuhkan empayar Dmimi Sdn. Bhd. selepas berdepan detik getir ketika PKP. Selain itu, artikel kedua mengenai 5 kelebihan iklan atas meja untuk bisnes. Semoga bermanfaat. | |
Dmimi: Ilmu Selamatkan Perniagaan Daripada Tersungkur Langit tak selalu cerah, tak siapa sangka kehadiran wabak tak di undang C0VID-19 memberi kesan besar dalam perniagaan dan kehidupan seharian. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), di kawasan yang risiko lebih tinggi dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sekaligus membataskan pergerakan. Sebelum ini, pintu butik sentiasa terbuka menanti kehadiran pelanggan tetapi dek kerana PKP butik terpaksa ditutup. Lebih sukar apabila ada pekerja disahkan positif C0VID-19 mengakibatkan kakitangan syarikat terpaksa menjalani kuarantin. | |
Pernah Nampak Iklan Di Atas Meja? 5 Kelebihannya Untuk Bisnes Bila anda pergi menjamu selera di mana-mana kedai makan atau restoran, pasti anda pernah nampak iklan yang di letakkan di atas meja makan, sama ada dalam bentuk sticker yang di tampal atas meja ataupun brochure atau kad yang diletakkan di atas meja itu sendiri Tanpa kita sedar, kita pasti akan belek-belek juga brochure atau kad serta tengok dan terbaca juga sticker yang diletakkan di atas meja tersebut. Betul kan? Dan, makan adalah satu keperluan. Di negara kita terutama di kawasan bandar yang rata-rata pelanggannya suka makan di luar, iklan di atas meja ada faktor tersendiri yang menjadikan ianya patut dipertimbangkan oleh semua peniaga. | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |