Salam Usahawan,
Sebagai anak didik RichWorks, kami sentiasa menghargai dan mengambil berat tentang anda dan apa sahaja cabaran dan masalah yang anda hadapi di dalam membina bisnes. Kami faham anda mungkin rasa sukar, susah, gentar dan risau kerana cabaran selama 2 tahun meredah suasana yang teramat terumbang ambing sepanjang Pandemik C0vid-19 dan PKP yang telah melumpuhkan 'periuk nasi' ramai orang terutamnya peniaga dan usahawan.
Ramai yang terkesan dan terjejas dengan kerugian hingga terpaksa buang pekerja, menjual aset yang ada, atau terus bungkus perniagaan dan sebagainya. Dan kami juga tahu sekiranya PKP dilaksanakan lagi pada masa akan datang, kami yakin ramai yang akan lumpuh terus dan sukar untuk kembali bangkit lagi.
Jadi sebelum ini jika anda menghadapi masalah bisnes tidak grow, ramai pesaing di pasaran, bisnes model yang tidak berubah dan relevan, jenama anda tidak dikenali ramai, produk tersekat dan pelbagai isu-isu lain yang amat merunsingkan, inilah masanya anda perlu bertindak untuk merubah bisnes anda.
Sekiranya anda lambat bertindak, akibatnya adalah bisnes anda akan tetap stuck, pesaing akan rebut pelanggan anda, bisnes model anda tidak dapat bertahan dalam endemik, jenama anda bagai duduk dalam gua, beban produk masih tidak terjual dan melingkuplah bisnes anda!
Sebab itu kami di RichWorks sentiasa nak membantu anda untuk mencapai cita-cita dan impian anda untuk menjana pendapatan yang melimpah ruah, untuk menampung kelangsungan hidup keluarga, untuk bantu anda beri peluang pekerjaan kepada orang lain melalui perniagaan selain menambah nilai dalam kehidupan ramai orang.
Demi nak capai hasrat dan impian ini, anda memerlukan PERSEDIAAN Bisnes dan Kewangan untuk masa depan anda. Dan bagaimana kami boleh bantu anda adalah dengan memberikan ilmu. Jadi, di sini kami hadiahkan '36 Strategi Menarik Pelanggan' untuk bantu tingkatkan jualan dan bisnes anda.