Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

FREE AI training for marketers…

Hi Alluser, Do you know ...

HADIAH Tahun Baru! Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing POWER 2022!

image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera alluser,

Dari lubuk sanubari hati, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana terus bersama RichWorks bagi mendapatkan ilmu-ilmu dan bimbingan keusahawanan sepanjang tahun 2021.

Setiap hari, kami rasa teruja untuk bersama-sama anda membantu membina bisnes yang berjaya dengan menyediakan alluser dengan 'alat-alat' dan keperluan penting dalam bisnes untuk berdepan situasi semasa.

Apatah lagi, melihat kejayaan dan peningkatan bisnes usahawan melalui program-program keusahawanan termasuk mentoring merupakan misi utama RichWorks yang tidak mampu dilakukan tanpa sokongan anda.

Terima kasih juga kerana tidak jemu untuk membuka hantaran emel kami. Terima kasih kerana memberi peluang kepada diri anda untuk melihat peningkatan dan kejayaan meskipun ketika tempoh sukar ekoran pandemik yang melanda dunia sepanjang dua tahun ini.

Sempena Tahun Baru 2022 yang bakal kita raikan malam ini, kami di RichWorks berbesar hati ingin beri satu hadiah istimewa khas untuk anda.

Kerana sepanjang tahun 2021, kami di RichWorks faham situasi anda, kami faham struggle dan cabaran yang anda terpaksa harungi tahun ini dalam bisnes dan kehidupan. Dan 2022 ini bukan tahun untuk anda bersedih atau menangis di ceruk dapur lagi kerana tahun baru adalah tahun untuk anda bangkit semula dan Bina Bisnes Berjaya.

Kami tahu apa yang anda perlukan untuk bangkit semula. Dan kami di RichWorks ingin berikan anda Program Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing POWER 2022 secara Virtual Online yang 100% ditaja RichWorks. Kami juga akan maklumkan dalam masa terdekat peluang untuk anda hadir program LIVE EVENT bersama RichWorks. Jadi ini peluang anda untuk berjumpa dengan kami pada 4 – 6 Mac 2022.

It's Now or Never! Kami beri peluang ini sekali sahaja untuk anda, jadi jangan lepaskan peluang ini. Program baru dan terkini, "Branding & Marketing POWER 2022" akan bantu anda tingkatkan semula jenama, sales dan bisnes anda berkali-kali ganda untuk tahun 2022. Percayalah, hanya dengan ilmu dan tindakan sahaja kita boleh bangkit bersama.

MenThor dan Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sentiasa kongsikan;

Lebih baik kita fokus kepada apa yang 'Kita Boleh Control dan Buat' dari 'Apa Yang Kita Tak Boleh Control dan Buat.'

Adakah kita nak biarkan emosi kita yang boleh dikawal ini terus memikirkan benda-benda negatif seperti kemurungan, rasa putus asa dalam diri dan tiada harapan lagi?

Ataupun kita pilih untuk bangkit dengan fokus kepada apa yang boleh dibuat ketika berdepan situasi sukar dan mencabar.

Kita semua sebenarnya ada pilihan. Sama ada kita biarkan ia begitu saja atau berusaha bagi berdepan masalah dihadapi dengan perubahan yang berlaku, sebelum berserah kepada Allah SWT.

Mereka yang berjaya Berani membuat perubahan dan penyesuaian bukan hanya untuk bertahan malah merebut peluang untuk terus bangkit, berkembang dan mencapai kejayaan baru. Ini sudah pun terbukti.

Ya, kita semua terpaksa melakukan perubahan pada tahun ini supaya tidak terus jatuh dan akhirnya lebih teruk, boleh lingkup. Alhamdulillah, usahawan-usahawan di bawah bimbingan RichWorks dilihat kembali fokus dan menyaksikan pencapaian luar biasa sejak mulanya pandemik hingga kini.

Banyak bisnes bawah bimbingan Datuk Wira dan RichWorks Mentorship menyaksikan peningkatan jualan luar biasa tahun ini melebihi RM10 juta hingga mencecah RM100 juta. Malah ramai usahawan lain juga menyaksikan kejayaan masing-masing bukan hanya dari segi jualan malah peluang pekerjaan yang dicipta dalam tempoh ramai orang hilang kerja, mendapat pengiktirafan, anugerah dan lain-lain.

Oleh itu, pada penghujung 2021 ini, kami berharap agar alluser bersama-sama kami untuk mensyukuri segala perkara yang berlaku pada tahun ini dan diharapkan keadaan akan menjadi lebih baik tahun hadapan.

Yakinlah, setiap perkara berlaku ada hikmahnya. Setiap kesusahan ada kesenangannya.

Terima kasih buat alluser atas perhatian dan kesetiaan bersama kami. Kami akan terus berjuang, bekerja keras lagi pada tahun 2022 dan kami doakan semoga anda juga terus mendapat ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan, diberi kesihatan, kekayaan dan kejayaan serta dipermudahkan segala urusan.

Salam Kejayaan,
Team RichWorks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular