Hi alluser,
Salam Jumaat penuh barakah ini, jangan lepaskan untuk tingkatkan lagi amal jariah kita selain berusaha dalam perniagaan yang dijalankan.
Ingat semakin kita banyak memberi, bersedekah, maka Allah akan tambah lagi berkali ganda kepada kita nanti.
Apatah lagi, amal dengan memberi orang makan.
Amal ini adalah satu daripada sunah Rasulullah SAW yang amat disukai baginda.
Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Dalam pada itu, berita baik buat bangsa usahawan, kelmarin kerajaan umumkan tambah baik Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) agar membolehkan mereka yang terkesan akibat banjir dapat memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.
Kerajaan memutuskan untuk menambah baik bantuan dengan memberi geran bernilai RM3,000 melalui Tekun Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan disediakan RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 15,000 perniagaan mikro dan informal.
Ayuh, apa tunggu lagi? Gunakan peluang dan ruang yang ditawarkan ini untuk bangkit dan mengembangkan bisnes anda!
Opss, sebelum itu jom baca dahulu dua artikel terbaru ini.
Hari ini, kami kongsikan artikel mengenai sejarah taikun automatif, Toyota bermula dari syarikat pembuat mesin penenun kain.
Selain itu, artikel kedua mengenai 4 ciri yang perlu ada pada pemimpin. Semoga bermanfaat.