Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

10 Cabaran Kritikal Bisnes di 2022? Hadapi dan Atasinya.

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera

alluser

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan kongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam sesi khas di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

alluser

Ini apa yang akan Datuk Wira Dr. Azizan Osman kongsikan:

Banyak perkara yang telah Datuk Wira kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah dijangka malah telahpun disebut sejak Ogos tahun lalu lagi.

Sesetengah harga barang dilihat telah naik sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang menjalankan bisnes kerana bukan mudah jalannya pada tahun ini.

Beliau telah berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina yang mengakui bahawa sememangnya banyak syarikat sedang ditutup atau dah lingkup.

Hakikatnya walaupun peniaga-peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai dalam soal pemasaran.

Datuk Wira juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak sukar dan apabila ditanya kepada seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Usahawan tersebut kelu tanpa apa-apa jawapan!

Datuk Wira juga sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal melakukannya seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Ini berikutan, pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Maknanya jika usahawan kekal dengan usaha normal, maka bisnesnya akan 'mati' dan jika kekal kecil, maka akan 'pupus'.

Datuk Wira juga mengingatkan usahawan Titanium di bawah bimbingannya sebagai tidak bersyukur jika mereka tidak buat betul-betul untuk berkembang. Beliau juga membandingkan sebahagian usahawan Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan mengekalkan momentum.

Beliau juga memberi peringatan sekali bahawa, pasaran kini perlahan dan orang ramai lebih berjaga-jaga untuk membeli. Jadi jikalau ada usahawan yang lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Datuk Wira juga menasihati usahawan supaya menghargai apa yang mereka ada sekarang dan berusaha dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Jom bersama-sama Datuk Wira Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan keluar ketika ini!

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung Pegawai Khidmat Pelanggan kami di

image

Jumpa anda di program nanti...

Salam Usahawan Berjaya,
Team RichWorks

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular