Kes Covid-19 melonjak kepada 22,802 hari ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu meningkat 1,863 kes berbanding semalam 20,939.
Katanya, daripada kes direkod hari ini, 22,698 kes terdiri daripada Kategori Satu dan Dua."Sebanyak 104 kes adalah kategori tiga hingga lima," katanya menerusi Twitter, hari ini.
Beliau berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik menerusi laman Covidnow dengan data itu dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.