Billboard 3

Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Billboard

Billboard 1

Billboard 2

Featured Post

PM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri

Netanyahu tak hadir taklimat, cetus lagi spekulasi; PdPR: KPM teliti secara menyeluruh, ambil kira kepentingan semua - Wong; F1 batalkan GP ...

Billboard 5

Tangguh mesyuarat tentukan penggunaan kecemasan vaksin Pfizer untuk bayi.

Tangguh mesyuarat tentukan penggunaan kecemasan vaksin Pfizer untuk bayi

Viral Oo Viral
VAKSIN Pfizer-BioNTech. FOTO Asyraf Hamzah
VAKSIN Pfizer-BioNTech.

Washington: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat mengumumkan penangguhan mesyuarat panel penasihat mengenai penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 pada kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun, kerana ia memerlukan lebih banyak data, lapor Xinhua.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan FDA pada asalnya dijadual pada 15 Februari.

Agensi itu berkata, ia sudah menyemak maklumat percubaan baharu yang tiba selepas permohonan Pfizer dan BioNTech untuk kebenaran kecemasan dan memutuskan ia memerlukan lebih banyak data daripada percubaan berterusan dos vaksin ketiga pada kanak-kanak yang lebih muda untuk meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan.

VAKSIN Pfizer-BioNTech. FOTO Asyraf Hamzah
VAKSIN Pfizer-BioNTech.

"Kami percaya maklumat tambahan mengenai penilaian berterusan dos ketiga harus dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada faktor dalam membuat keputusan untuk potensi kebenaran," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pfizer dan BioNTech pada Jumaat berkata, mereka menjangkakan data mengenai tiga dos yang tersedia akan diperoleh pada awal April.


Billboard 6

Popular