Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Updated features for LinkedIn pages

  Today's Guide to the ...

Noufa Skin: Bantu Ayah Jual Jagung Untung RM15 Sehari, Kini Raih Jualan RM6.8 Juta Pada Usia 25 Tahun

Artikel terbaru berkaitan kisah pengasas Noufa Skin meraih jualan RM6.8 juta pada usia 25 tahun dan 5 tip bina growth mindset. Semoga berman
image

Hi alluser,

Salam pagi Selasa, semoga hari ini lebih baik berbanding semalam. Dalam pada itu, mari kita saling ingat mengingati dan peka dengan keadaan semasa.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan 3.5 juta penerima vaksin primer (dos satu dan dua) Sinovac belum menerima dos penggalak, terdedah kepada Omicron.

Pada perkembangan sama, Khairy merayu kepada 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak segera mendapatkan suntikan tersebut.

Kementerian Kesihatan melaporkan 11,034 kes baru C0vid-19 menjadikan jumlah kumulatif 2,925,254.

Sebagai rakyat bertanggungjawab, marilah kita sama-sama menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. #KitaJagaKita

Sementara anda mendapatkan maklumat terkini C0vid-19, jom luangkan sedikit masa membaca dua artikel terbaru ini.

Pagi ini kami kongsikan kisah inspirasi gadis berjiwa besar yang dahulunya membantu ayah menjual jagung dengan untung RM15 sehari kini, pengasas Noufa Skin, Puan Nur Izzaty Salimun meraih jualan RM6.8 juta pada usia 25 tahun.

Selain itu, artikel kedua mengenai 5 tip bina growth mindset yang bermanfaat kepada pemimpin untuk membina team yang hebat. Semoga bermanfaat.

image

Noufa Skin: Bantu Ayah Jual Jagung Untung RM15 Sehari, Kini Raih Jualan RM6.8 Juta Pada Usia 25 Tahun

"Berniaga di pasar malam, kami tak ada lampu, tak ada papan tanda, semua gelap hanya orang yang ternampak sahaja akan beli.

"Jualan hari itu cukup untuk saya dan ayah beli makanan hari itu. Kami akan ulang perkara sama dari 9 pagi, kalau jagung cepat habis, kami baliklah petang, kalau tak tunggu sehingga pasar malam tutup 10 malam," kongsi Nur Izzaty Salimun mengimbau kenangan membantu ayahnya menjual jagung ketika berusia 17 tahun.

Menurut Pengasas Produk Noufa Skin ini, minat terhadap bidang perniagaan sudah ada dalam jiwanya sejak kecil lagi kerana arwah ibunya pernah berniaga produk untuk menambah pendapatan keluarga.

image

Pemimpin Cerminan Organisasi, 5 Tip Bina Growth Mindset

Persekitaran kerja yang berbeza menuntut gaya kepimpinan yang berbeza dan pemimpin yang hebat biasanya menggabungkan ciri-ciri pelbagai jenis kepimpinan yang berbeza untuk menguruskan sesebuah organisasi dengan berkesan.

Bukan mudah hendak menjadi seorang pemimpin yang hebat. Setakat jadi pemimpin yang baik mungkin lebih mudah.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada berkongsikan analogi bagi kepentingan LEADERSHIP iaitu LEAD -THE-SHIP. Sebagai seorang usahawan, anda perlu ada sikap dan ciri kepimpinan yang dapat membawa dan memacu team anda untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan itu.

Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular